NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya sudah sertai PAS – Atan Leecas



SEREMBAN: Mantan pemidato Umno yang juga pempengaruh politik terkenal, Atan Leecas mendedahkan bahawa beliau telah menyertai PAS beberapa bulan lepas.

“Mungkin itulah serba sedikit yang boleh saya bantu setelah meninggalkan Umno,” ujarnya ketika turut sama dalam satu program ‘live’ di TikTok Generasi Pemuda Bersuara, malam tadi.

Atan dalam ucapannya turut meminta wakil-wakil rakyat PERIKATAN NASIONAL agar memperbanyakkan program ‘live’ secara dalam talian bagi memberikan penjelasan kepada rakyat tentang apa yang sedang diperjuangkan mereka.

Tambahnya, ini dapat menangkis pemesongan naratif terhadap pembangkang yang dibawa oleh parti pemerintah demi untuk kepentingan politik mereka.

“Julung kali apabila kita membuka ‘room’ ini untuk kita nak mendengar hujah-hujah daripada wakil-wakil rakyat kita PERIKATAN NASIONAL yang ada di Negeri Sembilan ini.

“Dan saya kira PAS Negeri Sembilan atau pun penganjur perlu teruskan lagi secara berterusan sehinggalah kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada masa akan datang.

“Sebab rakyat Negeri Sembilan ini dahagakan maklumat yang sebenar. Kerana pihak parti kerajaan sudah pasti dengan naratif dan juga dakyah-dakyah mereka, mereka akan pesongkan keadaan, kebenarannya itu mereka akan sedikit pesongkan,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar program itu akan menjadi langkah pertama yang akan berterusan pada masa-masa akan datang.

“Mudah-mudahan kita akan bawa lagi wakil-wakil rakyat yang lain dan juga pemimpin-pemimpin PAS yang berada dalam Negeri Sembilan.

“Dan kita nak ceritakan benda-benda ini untuk rakyat Negeri Sembilan khususnya. Jadi kita nak faham dan kita nak bawa perjuangan ini di Negeri Sembilan khususnya untuk memberikan kefahaman kepada rakyat,” ujarnya.

Program bual bicara berlangsung di aplikasi TikTok itu menampilkan tiga orang ADUN PAS iaitu ADUN Bagan Pinang, Ustaz Abdul Fatah Zakaria, ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Md Zain (Pak Kam) dan ADUN Serting, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa.

Tambah Atan lagi, kemenangan lima orang ADUN PERIKATAN NASIONAL itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang diletakkan di atas bahu kelima-lima mereka.

“Tahniah kepada semua pengundi-pengundi di DUN-DUN lain, walau pun kita tidak dapat memenangi DUN-DUN itu tetapi satu anjakan paradigma atau pun satu kemajuan yang lebih baik.

“Insya-Allah pada PRU16 akan datang kita yakin dan percaya dengan usaha dan sungguh-sungguh kita, kita boleh menang PRN untuk Negeri Sembilan pada masa akan datang dan membentuk kerajaan negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo