NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pgeon Tamatkan Perkhidmatan Selepas Beroperasi 7 Tahun

Pgeon merupakan salah satu perkhidmatan logistik yang menawarkan khidmat penghantaran bungkusan dan barangan. Ia telah beroperasi sekitar 7 tahun, dan kini, perkhidmatan tersebut ditamatkan secara rasminya.

Tarikh pengambilan dan penghantaran akhir yang dilakukan adalah 30 November 2023 lepas. Pgeon melalui laman rasmi mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan secara rasminya pada 31 Disember 2023.

Pgeon mengatakan walaupun perkhidmatan mereka ditamatkan, tetapi pelbagai inovasi dan matlamat mereka akan diteruskan melalui perniagaan utama mereka, EasyParcel.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Pgeon, boleh melakukan pemindahan kredit ke EasyParcel sebelum ia ditamatkan sepenuhnya tidak lama lagi.

Baca lanjut di Amanz .

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo