NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan



  • Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
  • Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga.
  • “Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.
  • “Kita (KKM) sedar ada sedikit peningkatan kes (COVID-19) dan mutakhir adalah dalam lebih 12,000. Saya telah memberitahu Kabinet semalam untuk maklum kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan ahli (Kabinet) akan situasi ini dan wajar kita berikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM di sini hari ini.
  • Semalam, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Dis lepas berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga.

“Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.

“Kita (KKM) sedar ada sedikit peningkatan kes (COVID-19) dan mutakhir adalah dalam lebih 12,000. Saya telah memberitahu Kabinet semalam untuk maklum kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan ahli (Kabinet) akan situasi ini dan wajar kita berikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM di sini hari ini.

Semalam, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Dis lepas berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.

Beliau berkata peningkatan itu terkait dengan pergerakan orang merentas negeri menjelang cuti akhir tahun tanpa memakai pelitup muka dan keadaan cuaca.

“Adalah wajar diberi perhatian dan dalam keadaan sesak sebaiknya gunakan pelitup muka dan juga bagi individu bergejala, supaya dapat selamatkan orang lain dengan pelitup muka,” katanya.

Ditanya keperluan saringan ketat di pintu masuk negara, Dzulkefly berkata langkah intervensi dan mitigasi yang sesuai akan diambil segera sekiranya diperlukan.

“Semua ini kriteria yang jelas andai keperluan itu timbul, kita dengan segera akan mengambil langkah intervensi dan mitigasi yang lebih sesuai. Kita tidak mahu terlalu cemas, tapi kita juga tidak ambil mudah,” katanya. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo