NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tidak pernah mengenepikan agenda penyatuan ummah, masih terbuka kerjasama tetapi mesti melalui PN



PETALING JAYA: PAS tidak menolak kerjasama dengan Umno di sebalik sejarah “pahit” hubungan mereka, susulan cadangan penyatuan untuk mengambilalih pentadbiran Putrajaya dibangkitkan Isham Jalil.

Isnin lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu dilaporkan berkata Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU16, selepas menteri besar Terengganu menang di PRK Kemaman.

Mengulas perkembangan itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui platform PN – yang turut dianggotai Bersatu.

“PAS tidak pernah mengenepikan agenda penyatuan ummah.

“Kerjasama boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja melalui PN kerana sebagai parti utama, sebarang kerjasama politik mestilah dipersetujui oleh Majlis Syura,” katanya kepada FMT.

Selepas PRU14, Umno dan PAS menjalinkan kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) sebagai usaha penyatuan ummah ketika kedua-duanya dalam blok pembangkang.

Namun hubungannya tegang apabila PAS menyertai PN yang diterajui Bersatu sekali gus mahukan parti serpihan Umno itu turut menyertai MN.

Pada PRU15, Umno dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo yang menyaksikannya hanya menang 30 kerusi, manakala PN pula menguasai 74 kerusi. Umno kemudian menjadi sebahagian anggota kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Awang Hashim turut berkata pintu PAS masih terbuka untuk Umno, mengambil semangat perpaduan ummah.

Merujuk sejarah PAS “berkahwin” dengan banyak parti termasuk DAP, Ahli Parlimen Pendang itu berkata: “Kita mempunyai pengalaman sangat banyak berkenaan kerjasama (politik) termasuk DAP. Kita dah tahu budaya masing-masing.

“Muafakat Nasional salah satu daripada dasar yang kita garapkan untuk terus dengan perpaduan ummah,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo