KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu media bahawa parti itu mengambil keputusan untuk memecat Ishal Jalil.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT yang diadakan di Menara Dato’ Onn, malam ini.
“Dia (Isham Jalil) dipecat,” kata ahli MKT yang turun di pekarangan lobi Menara Dato’ Onn.
Beliau bagaimanapun enggan namanya disebut media.
Dalam pada itu, ahli MKT berkenaan berkata, Isham dipecat kerana membuat pelbagai kesalahan terhadap parti.
“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO barua dia, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak Presiden berdebat secara terbuka.
“Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya.
Awal hari ini, Isham dalam satu kenyataan menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berpunca daripada pemimpin parti itu yang didakwa terlalu mempertahankan DAP.
Isham turut mendakwa ada segelintir pemimpin UMNO bertindak ‘lebih DAP daripada DAP’, dengan mempromosikan parti itu secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan akar umbi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment