NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA 'rugi' pinggirkan Ti Lian Ker, sindir Puad



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, hari ini mengecam keras kenyataan dianggapnya berbaur perkauman dan menghasut yang dibuat bekas naib presiden MCA, Ti Lian Ker.

Kata Puad dengan kenyataan dibuatnya pada 4 Dis lalu itu, Ti wajar memberi penjelasan kerana ia menyinggung perasaan orang Melayu.

"Senator Ti tunjuk berani setelah berasakan dirinya di hujung perjalanan politik. Berani bersuara apabila tidak lagi berjawatan.

"(Adakah) Berani dia cakap begitu jika masih menjdai timbalan menteri? Itu nada orang kecewa. Dia kalah (pemilihan) jawatan Naib Presiden MCA dalam pemilihan lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lalu semasa membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara, Ti menyentuh mengenai kewajaran Kongres Ekonomi Bumiputera dijalankan dan mencadangkan agar ia diberhentikan.

Bekas timbalan menteri belia dan sukan itu sebaliknya menyarankan agar kongres ekonomi yang dapat menguntungkan rakyat secara keseluruhan dibuat.

Katanya sudah tiba masa untuk Kongres Ekonomi Bumiputera dielak daripada ditunggang mana-mana pihak bagi meraih keuntungan politik atau dijadikan sebagai platform pihak oportunis mengambil kesempatan.

Dua sebab kongres dibuat

Menurut Puad, sehingga kini sudah tiga kali kongres sebegitu diadakan sejak kali pertama dilaksanakan pada 1965

"Adakah tiga kali kongres diadakan dalam tempoh 58 tahun boleh dianggap sia-sia?

"Apakah Tian (juga) menafikan pihak lain termasuk NGO Cina turut menganjur kongres, seminar, forum dan bengkel berulang kali?

"Ti biadab kerana menuduh biasiswa, GLC (syarikat berkaitan kerajaan), penjawat awam dan kontrak dimonopoli oleh Melayu. Dia mempertikaikan hak istimewa kaum Melayu," katanya lagi.

Puad yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Johor menjelaskan ada dua tujuan kenapa kongres ekonomi itu dibuat secara bersiri.

Pertama katanya ia dibuat untuk menambah baik institusi yang lahir daripada kongres tersebut. 

Katanya kongres pertama melahirkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kemudian menatijahkan Institut Teknologi Mara (ITM) sebelum ditukar namanya menjadi Universiti Tekonologi Mara (UiTM).

Kedua kata Puad lagi kongres itu boleh memikirkan apa lagi institusi baru orang Melayu yang boleh diwujudkan untuk memantapkan lagi agenda bangsa.

“Di Kongres Ekonomi Bumiputra Ketiga, ada cadangan wakaf agar diuruskan secara profesional untuk memperkasakan ekonomi bumiputera. Lahirlah Wakaf Annur KPJ. Ia amat berjaya,” katanya.

Justeru Puad mempersoalkan apakah Ti ada muslihat apabila membangkitkan isu keistimewaan orang Melayu di Dewan Negara.

“Ini pertanyaan mudah untuk Ti: apakah dengan satu seminar pelaburan dalam tempoh 66 tahun negara merdeka maka isu FDI (pelaburan langsung asing) telah selesai?" katanya.

Puad juga sempat menyindir MCA apabila menganggap parti itu "rugi" kerana meminggirkan bekas Adun Teruntum dan Indera Mahkota itu dalam pemilihan parti berkenaan pada Sept lalu.

“Apa muslihat dia mempersoal hak orang Melayu untuk maju? Dia mahu dilihat pemimpin Cina yang relevan. 

"MCA rugi kerana meminggirkannya,” kata Puad.


Sumber I Malaysiakini 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo