NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johor catat kematian pertama akibat Covid-19

Kerajaan Johor memandang serius situasi terkini Covid-19 dan menasihatkan orang ramai terus berwaspada ketika musim cuti perayaan yang panjang.



PETALING JAYA: Covid-19 meragut satu nyawa di Johor pada ketika pola di negeri itu menunjukkan peningkatan mendadak dalam beberapa bulan ini.

Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) dari 17 hingga 23 Dis lalu turut melaporkan 123 pesakit sedang dirawat di hospital di Johor, dengan tiga pesakit di unit rawatan rapi, lapor Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon.

Ling melaporkan, terdapat 404,309 kes Covid-19 secara kumulatif yang dilaporkan setakat Sabtu lalu, yang mana 401,216 kes ialah jangkitan tempatan manakala 3,093 lagi kes import.

“Secara kumulatif, Johor Bahru merekodkan kes Covid-19 tertinggi sehingga ME51 iaitu sebanyak 2,431 kes diikuti Kulai (885) dan Batu Pahat (812),” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut Ling, kerajaan negeri memandang serius situasi terkini Covid-19 dan menasihatkan orang ramai terus berwaspada ketika musim cuti perayaan yang panjang.

“Orang ramai digalakkan untuk terus mengamalkan penjagaan kesihatan seperti memakai pelitup muka selain mengelakkan 3S, iaitu tempat sesak, sempit dan sembang rapat.

“Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan supaya segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo