NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawatan tak perlu, kenapa ‘hidupkan semula’ menteri WP, soal NGO

Presiden Save KL M Ali berkata, DBKL mampu berfungsi tanpa menteri wilayah persekutuan.



PETALING JAYA: Sebuah NGO mempertikai keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim umewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan ketika rombakan semula Jemaah Menteri Selasa lepas.

Presiden Save KL M Ali berkata, tiada kewajaran kementerian itu diwujudkan semula pada masa ini memandangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih boleh berfungsi tanpa menteri wilayah persekutuan.

Kementerian itu dimansuhkan selepas Anwar mengangkat sumpah tahun lepas, dan fungsinya diletakkan bawah agensi dalam Jabatan Perdana Menteri.

Pada Oktober, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat, keputusan memansuhkan kementerian berkenaan membolehkan kerajaan menjimatkan RM2 juta setahun.

Ketika itu beliau berkata, kerajaan tidak menghadapi sebarang cabaran operasi tanpa adanya kementerian tersebut.

Disebabkan itu, kata Ali, beliau terkejut kementerian itu diwujudkan semula, diterajui bekas menteri kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

“Kenapa wujudkan semula jawatan menteri itu sedangkan (DBKL) berfungsi elok tanpanya? Adakah semata-mata untuk mengimbangkan struktur (Jemaah Menteri)?”

Sementara itu, beberapa bekas Ahli Parlimen Kuala Lumpur berkata, Zaliha mempunyai tugasan besar memandangkan banyak isu tertunggak yang perlu diselesaikan.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong berkata, menangani isu sosial Kuala Lumpur, kos sara hidup serta pelbagai isu di projek perumahan rakyat bukanlah tugas ringan.

“Kita perlukan menteri berpengalaman untuk meneliti isu-isu serius dan sukar ini.

“Ini bukan sesuatu untuk dicuba-cuba,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata, kemampuan perumahan untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, selain miskin bandar, antara isu paling penting perlu diteliti Zaliha.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo