NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jauh disudut hati ahli-ahli UMNO...

๐—๐—”๐—จ๐—› ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ-๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข...

1. Pada asalnya, ahli-ahli Umno ini mereka memang tidak boleh menerima dan bersama DAP sejak azali umpama khinzir dan ayam yang tidak mungkin boleh dicampurkan menjadi satu hidangan kepada umat Islam.

2. Di peringkat awal selepas selesai PRU15, beberapa orang tokoh penting Umno, pernah mengatakan Umno akan bersendirian dan bersedia menjadi pembangkang kerana kononnya tidak mungkin bersama DAP, namun tidak mahu bersama PN.

3. Hakikatnya perkara itu tidak mungkin berlaku kerana Umno tidak akan mampu hidup sebagai pembangkang untuk kali kedua selepas mereka merasainya pada PRU14 (2018) sehingga ada yang jadi separuh gila.

4. Kerana itu tidak kira dengan siapa pun Umno perlu jadi kerajaan selepas PRU15.

5. Namun kerana rasa benci yang lebih tinggi pada BERSATU dan PAS, maka Umno memilih membentuk kerajaan bersama-sama dengan PH-DAP 

6. Memang di peringkat awal DAP seperti lembut gigi dari gusi terhadap Umno sehingga ramai yang kata kononnya DAP telah berubah.

7. Namun, sesuatu yang dibuat secara bermuka-muka itu memang tidak akan dapat bertahan lama dengan akhir-akhir ini DAP semakin menunjukkan taringnya dan menjelirkan lidahnya untuk menyerlahkan siapa diri mereka yang sebenar. 

8. Antaranya ialah isu PM dari kalangan bukan Melayu; pilihan raya PBT; persempadanan semula pilihan raya dan yang terbaru kenyataan seorang pemimpin DAP agar pakar undang-undang bukan Muslim dilibatkan dalam penyelarasan undang-undang Islam di negeri-negeri.

9. Kita tahu jauh di sudut hati orang-orang Umno mereka rasa sangat tidak selesa untuk duduk bersama-sama dengan DAP dalam satu kerajaan, namun demi untuk terus menikmati keistimewaan sebagai parti kerajaan mereka terpaksa menelan jua.

10. Walau pun kita lihat ramai cybertrooper Umno yang mempersendakan PAS dengan berkata 'PAS menang besar jadi pembangkang, Umno kalah jadi kerajaan', dan menunjukkan rasa gembira Umno kini masih kerajaan Persekutuan, namun itu hanya di mulut sahaja.

11. Jauh di sudut hati mereka, jiwa mereka merintih, hati mereka meronta-ronta untuk hidup bersama-sama dengan majoriti orang-orang Melayu seperti dahulu yang mana majoriti Melayu sekarang berkampung bersama-sama PN.

12. Secara analoginya, Umno sekarang ini seperti hanya sebuah keluarga Melayu yang duduk di sebuah taman perumahan yang semuanya bukan Melayu.

13. Analoginya, mereka teringin untuk hidup di sebuah kampung atau taman perumahan yang majoritinya orang Melayu agar dapat menikmati suasana seperti dahulu.

14. Mereka mahu kembali ke pangkal jalan, namun ego menguasai diri mereka, mereka mahu membuli PAS dan BERSATU yang kini pembangkang sepuas-puas hati mereka, walau pun terpaksa duduk serumah dengan DAP yang memang tidak selesa pada mereka orang-orang Umno.

15. Sebab itu walau bagaimana mereka buat-buat dan pura-pura bahagia sekali pun, namun akhirnya mereka terpaksa mengakui juga yang mereka tidak selesa dengan DAP.

16. Kerana itu semakin hari ada sahaja pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini menjadi orang kuat Zahid, seorang demi seorang meluahkan rasa sebenar yang terbuku di hati mereka.

17. Itu yang berlaku pada Isham Jalil baru-baru ini sehingga beliau bersuara lantang tentang perkara ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau.

18. Kegilaan Zahid menurut kehendak Anwar dan DAP sehingga sanggup melakukan percaturan untuk melemahkan pemimpin-pemimpin kanan Umno yang lain semakin menambah perpecahan dalaman Umno sendiri.

19. Di sebalik senyuman ahli-ahli Umno ini, tersimpan rasa ketidakselesaan yang mendalam.

20. Namun mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan melainkan terpaksa menerima ketidakselesaan itu dan berharap satu hari nanti akan menjadi 'alah bisa tegal biasa'.

๐—œ๐—•๐—ก๐—จ ๐—๐—”๐—ก๐—œ๐—˜
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ
๐Ÿฎ๐Ÿด ๐——๐—ฒ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo