NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Jangan sudah jadi menteri, duduk dalam GLC, kurang ambil tahu mengenai parti”

MOHAMAD Sabu sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Sembilan Kali Ke-8 di Seremban hari ini.


SEREMBAN: Kesemua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini perlu terus menguatkan parti masing-masing walaupun mempunyai kelebihan berada dalam kerajaan.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan, kekuatan parti yang akan menentukan kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya jawatan dalam kerajaan yang dipegang.

“Parti lain, kerajaan lain, sebab kalau bergantung kepada kerajaan untuk menguatkan parti tidak boleh, ambil sejarah UMNO dan BN, mereka parti yg kuat tetapi boleh kalah pada pilihan raya tahun 2018 dan 2022, berada dalam kerajaan belum tentu parti itu kuat.

“Parti mesti ada identiti sendiri untuk bergerak, kami (PH) juga hebat tetapi kalah di (PRK) Cameron Highland, kalah di Semenyih dan Tanjung Piai, itu semasa memerintah.

“Maksudnya memerintah ataupun tidak, kekuatan bergantung kepada kekuatan parti, jangan apabila sudah jadi kerajaan jadi menteri, jadi timbalan, duduk dalam GLC, kita kurang ambil tahu mengenai parti sebab ia berlainan apabila kita berhadapan pilihan raya, kekuatan parti menentukan kemenangan,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas beliau merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Sembilan Kali Ke-8 di sini hari ini.

Terdahulu, ketika berucap, beliau melihat Pakatan Harapan (PH) perlu bekerjasama erat dengan UMNO sekiranya mahu merampas empat negeri yang ditadbir pembangkang ketika ini iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.

“UMNO kena pulih kalau tidak dengan kami sekali parah, ertinya kita kena bersama, pertingkatkan perpaduan kita, kalau campur undi sokongan pada BN dan PH, insya-Allah kita boleh menang beberapa kerusi Parlimen di empat negeri itu,” katanya.

Beliau sementara itu memberitahu, menyerahkan kepada perwakilan Amanah untuk membuat pilihan dalam pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah sesi 2023 hingga 2026 pada minggu hadapan.

“Terserah kepada perwakilan untuk pilih 27 orang yang kemudian akan tentukan siapakah presiden, timbalan, naib-naib presiden dan semua jawatan kuasa, terserah 100 peratus kepada perwakilan,” katanya.

Seramai 124 calon bersaing merebut 27 tempat ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan yang diadakan serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 di Klang, Selangor pada 23 dan 24 Disember ini.-UTUSAN.




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo