NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dia lawan usul untuk hapuskan judi loteri..

DIA LAWAN USUL UNTUK HAPUSKAN JUDI LOTERI...

Seorang Ahli Parlimen yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum 1959 telah menentang usul yang dikemukakan oleh PAS pada 26 November 1959 supaya kerajaan menutup yakni memberhenti atau mengharamkan segera judi Loteri Kebajikan Masyarakat. Usul ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohd Asri Haji Muda. Ia disokong oleh Wan Mustapha Ali, Ahli Parlimen Kelantan Hilir. Ahli-ahli Parlimen Umno menentang usul ini. 

Alasan yang dikemukakan oleh PAS ialah kerana judi adalah perkara yang diharamkan oleh Allah. Hal ini jelas disebut kan dalam Al-Quran. Seorang Ahli Parlimen, Lim Kean Siew menyokong usul ini kerana judi loteri bertentangan dengan ajaran Islam yang menjadi agama Persekutuan. Seorang Ahli Parlimen yang lain, V. David juga menyokong usul ini kerana beranggapan judi loteri adalah perbuatan tidak bermoral. Seorang lagi Ahli Parlimen, K. Karam Singh berkata tindakan kerajaan menyalurkan hasil judi loteri kepada surau dan masjid adalah bercanggah dengan ajaran Islam. 
Walau bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen Umno telah mempertahankan kewajaran kerajaan melaksanakan judi loteri tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah Ibrahim Abdul Rahman (Umno - Seberang Tengah). Dia berhujah bahawa oleh kerana kebajikan sosial (social welfare) tidak haram dan tiada pemimpin PAS mengatakan ia haram, maka loteri yang dibuat atas tujuan kebajikan sosial juga tidak haram. Bahkan, dia mengatakan hasil judi loteri itu telah banyak digunakan untuk orang miskin, masjid, surau, sekolah agama dan lain-lain. Disebabkan hasil judi loteri ini boleh digunakan untuk membantu orang miskin dan lain-lain, maka tidak sebab judi loteri itu hendak diharamkan. Bahkan, dia menganggap judi loteri tidak salah di sisi agama.
SIAPAKAH IBRAHIM ABDUL RAHMAN INI? Anaknya pernah menuduh PAS menerima bantuan daripada tauke judi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini... Tapi semua orang tahu bahawa anaknya adalah kawan baik tauke judi, Vincent Tan. 
Bapa borek anak rintik...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo