NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Deklarasi Himpunan Kebangkitan NGO-NGO Islam

DEKLARASI HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM

23 DISEMBER 2023

KELAB SULTAN SULAIMAN, KUALA LUMPUR

Menyedari akan keadaan negara yang mana agama islam, kedudukan orang melayu dan kedaulatan negara semakin terancam, maka NGO-NGO islam hari ini telah mengambil initiatif berhimpun bagi menyuarakan keresahan dan penderitaan rakyat. NGO-NGO islam berikrar akan terus memperjuangkan nasib rakyat serta berganding bahu untuk mengangkat isu-isu yang menyentuh kehidupan harian rakyat. 
Maka dengan itu Himpunan Kebangkitan NGO-NGO islam mendesak kerajaan untuk  :-
1. Menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu 1.2 juta pelancong warga China yang tidak keluar selepas datang ke negara ini.

2. Menggantikan SEGERA Tanah Rezab Melayu (TRM) yang telah diambil seperti yang termaktub dalam Enakmen Tanah Rizab Melayu dan Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan pemilikan TRM ini tidak disalahgunakan maka Himpunan ini mencadangkan kepada kerajaan supaya :-
a. memperketatkan syarat urus niaga dan pemajuan TRM 
b. pembentukan badan khusus untuk menguruskannya, 
c. pewujudan pangkalan data khusus

3. Menghentikan segala usaha mencabar kedudukan islam. Untuk itu perlu diadakan pindaan Perlembagaan Persekutuan terhadap Jadual Kesembilan Senarai I Persekutuan dan Senarai II Negeri.

4. Menyekat mana-mana pihak dari menyebarkan fahaman Liberalisma dan Pluralisma yang menjejaskan aqidah. Untuk itu Himpunan ini mendesak  :-
a. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat mana-mana  laman-laman social yang membawa fahaman berkenaan. 
b. Menyegerakan perlaksanaan RUU 355 

5. Memperkasakan kedudukan, perlaksanaan, pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu kepada semua peringkat. Sehubungan dengan itu Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 perlu dilakukan bagi memberi kuasa kepada DBP berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu.

6. Mendesak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menolak cadangan mengembalikan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di peringkat bandar raya Kuala Lumpur yang akan menjejaskan kerharmonian kaum.

7. Menghentikan hasrat untuk melakukan persempadanan semula Kawasan pilihanraya sehingga semua pihak (stakeholders) diberi ruang untuk menyatakan pandangan

8. Mengembalikan semula Tindakan Afirmatif (Affirmative Action) bagi memastikan keadilan dalam pembahagian ekonomi dikalangan kaum terutama Bumiputera.

9. Menolak campurtangan asing (eg. FBI,CIA, Mosad) dalam pentadbiran negara terutama yang melibatkan keselamatan negara dan kedaulatan sempadan dan perairan negara khususnya Laut China Selatan dan Selat Melaka 

10. Memastikan semua dasar dan polisi negara (samada dalam dan luar) dapat menjamin akan kesejahteraan dan kedaulatan negara NGO-NGO islam akan terus memantau tindakan kerajaan bagi memastikan segala perkara yang dinyatakan diambil tindakan dengan sewajarnya. Kami bertekad untuk sentiasa mengangkat suara rakyat demi kesejahteraan negara. Himpunan ini juga menyeru semua NGO-NGO Islam Melayu Bersatu mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera, Kemuliaan Agama Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

SEKRETARIAT GABUNGAN NGO-NGO ISLAM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo