NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran hujan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu, Pahang



KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Pahang sehingga Isnin ini (25 Disember).

Menurut kenyataan MetMalaysia, di Pahang, hujan berterusan tahap buruk itu dijangka berlaku di Jerantut dan Kuantan.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di Pahang dan diramal berlaku di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula membabitkan Perlis; Kedah di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala di Perak meliputi kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar mulai esok (24 Disember) sehingga Isnin (25 Disember).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera manakala Johor membabitkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi sehingga esok. - Bernama



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo