NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1,101 pendatang asing ditahan dalam operasi di Jalan Silang

1,101 pendatang asing tanpa dokumen termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam operasi di Jalan Silang, KL. (Gambar CP)



KUALA LUMPUR: Polis menahan 1,101 pendatang asing tanpa dokumen termasuk dua kanak-kanak serta merampas bahan terlarang bernilai RM104,000 dalam satu operasi di Jalan Silang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata mereka yang ditahan diserah kepada imigresen.

Beliau berkata operasi itu dilancarkan susulan aduan orang awam dan tertumpu kepada perniagaan yang menyalahi undang-undang di kawasan terbabit.

Kira-kira 100 karton rokok, 80 karton minuman beralkohol, dan ubatan tidak diluluskan bernilai RM34,000 dirampas dalam serbuan 11 pagi itu.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan bertindak terhadap perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Allaudeen juga mengumumkan lebih banyak operasi sedang dirancang.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo