NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq disabit bersalah kes RM1.12 juta

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Pemuda Bersatu berjumlah RM1.12 juta.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, Syed Saddiq yang merupakan bekas ketua Pemuda Bersatu gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.

“Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah," kata hakim Azhar Abdul Hamid.

Azhar dijangka mendengar penghujahan lisan daripada pendakwaan dan pembelaan berhubung hukuman terhadap ahli Parlimen Muar itu.

Syed Saddiq, 30, berdepan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun, sebat dan denda, bergantung kepada keputusan mahkamah nanti.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo