NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua wakil rakyat diarah bantu penduduk terjejas banjir, gesa MB Kelantan



Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud telah mengarahkan semua agensi dan wakil rakyat di negeri itu agar mengambil langkah perlu bagi membantu penduduk di kawasan masing-masing susulan hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Kelantan, lapor Bernama.

Malah menurut beliau, beberapa sungai termasuk Sungai Golok dan Sungai Jawi di Pasir Mas, Sungai Kelantan serta Sungai Semerak di Pasir Puteh telah menunjukkan kenaikan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Kelantan agar sentiasa peka kepada situasi cuaca. Patuhi arahan pihak berkuasa terutama arahan untuk berpindah, awasi keselamatan ahli keluarga, kanak-kanak dan orang tua.

“Sama-sama kita menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan agar negeri kita dilindungi daripada banjir besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo