NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puluhan bayi pramatang dipindahkan dari Hospital Al-Shifa

Sejumlah 31 bayi pramatang sedang dalam perjalanan ke selatan Semenanjung Gaza.



GENTING GAZA - Seramai 31 bayi pramatang dipindahkan dari hospital terbesar di Genting Gaza pada Ahad selepas rejim Zionis kini 'menawan' kompleks perubatan tersebut.

Ketua Pengarah Hospital al-Shifa, Mohammed Zaqut berkata, pemindahan kesemua mereka bersama tiga doktor dan dua jururawat telah dilakukan.

"Persediaan sedang dibuat untuk menghantar mereka ke Mesir melalui lintasan sempadan Rafah," ujarnya.

Proses itu dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini bergelut untuk memindahkan baki pesakit dan staf perubatan dari al-Shifa selepas ia digelar sebagai 'zon kematian'.

Di bahagian lain di utara Gaza, lebih 80 dilaporkan terkorban dalam serangan berkembar ke atas kem pelarian Jabalia termasuk sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal.

Kempen pengeboman terus diperhebatkan selepas rejim Zionis memperluaskan aktiviti ketenteraan mereka di beberapa lagi kawasan kejiranan di Genting Gaza setelah konflik selama lebih enam minggu itu menyebabkan kira-kira 1.6 juta penduduk hilang tempat tinggal. - AFP


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo