NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PMX beli undi, Dr Sam tegas berintegriti



Hari ini rata-rata rakyat Malaysia sedang membanding-bandingkan pendekatan politik yang dibawa oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia dan YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat, Saudara Zurk Ahmad kedua-dua tokoh ini mempunyai pendekatan yang sangat berbeza terutamanya strategi kempen dalam Plihanraya Kecil yang sedang berlaku di Kemaman.

Menurut beliau, PH-BN dilihat rancak tabur wang dan janji antaranya,

1. Pengerusi FELDA, Sharbery Cheek guna dana dan platform FELDA untuk raih undi di Kemaman.

Tiba-tiba ada program Lestari Fun Walk di FELDA Neram dekat Kemaman, program kepimpinan dengan peneroka di FELDA Kerteh 5 Kemaman dan makan malam di FELDA Neram 1.

2. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kata kalau pengundi pilih calon BN, rakyat akan dapat keuntungan melalui wakil parlimen yang duduk dalam Kerajaan Madani.

3. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke umum salur peruntukan RM200,000 setahun kepada 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Terengganu

4. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan siap mengungkit tanggungjawab asas yang kerajaan buat.

“Sekolah rendah dan menengah, gaji cikgu semuanya dibayar oleh kerajaan BN dan kerajaan Perpaduan” -Ahmad Maslan

5. Jualan rahmah dan agihan bantuan pula giat dilaksanakan di setiap ceruk Kemaman.

Kata beliu, “Silap hari bulan, habis rakyat Kemaman kena kencing manis dengan ‘gula-gula politik’ PH-BN.”

Keadaan ini berbeza dengan PAS walaupun calonnya adalah Menteri Besar Terengganu seorang yang mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam jentera Kerajaan Negeri.

“Dr. Sam bukan sekadar tak pergi kedai makan atau jamuan untuk bertemu pengundi atas sebab peraturan pilihan raya, beliau bahkan tidak mengumumkan mengenai bonus untuk penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2024 Terengganu kerana beliau calon bagi PRK Kemaman.” Kata Zurk Ahmad.


Sumber I beritabaik.net


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo