NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Logo, nama PKR dikeluarkan dari Liberal International selepas diminta, tiada tindakan saman dikenakan



KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Nama dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa sebagai ahli pertubuhan Liberal International telah dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi tersebut.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu hasil maklum balas permintaan yang dibuat pihaknya susulan dakwaan parti berkenaan sebagai ahli pertubuhan itu.

"Liberal International telah menurunkan logo.

Sebelum ini tular di aplikasi X apabila seorang pengguna mendakwa PKR tersenarai sebagai ahli pertubuhan berkenaan hasil pencarian di laman sesawang 'Israel Liberal Group'.

Bagaimanapun Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menafikan dakwaan itu.

Susulan itu juga, beliau telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo