NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Bukan kerja saya’ arah siasat rasuah dalam Umno, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata polis dan badan anti-rasuah yang sepatutnya ambil tindakan bila dapat tahu tentang rasuah dalam Umno.



PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bukan kerja beliau untuk mengarah pihak berkuasa dalam menangani masalah rasuah dalam Umno pada 1990-an, ketika beliau memimpin negara dan parti ketika itu.

Mahathir menegaskan perkara itu apabila ditanya hos podcast Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin kenapa beliau “tidak buat apa-apa” di sebalik segala desas-desus sekitar pemilihan Umno pada masa itu.

“Itu kerja pegawai, bukan kerja saya,” tegas Mahathir.

“Mereka bila nampak sesuatu itu salah, dia tak perlu tunggu sehingga perdana menteri kata ‘eh, you pi tekan orang itu lah’. Tak boleh. Itu bukan kerja saya. Itu kerja polis, kerja ‘anti-corruption’. Mereka sepatutnya ambil tindakan.”

Terdahulu, hos bersama Shahril Hamdan memberitahu Mahathir bahawa persepsi semasa ialah masalah rasuah dalam Umno bermula zaman beliau.

Mahathir, yang memimpin Umno dari 1981 hingga 2003, ditanya adakah beliau ambil tanggungjawab bahawa masalah rasuah itu bermula pada 1990-an.

Beliau berkata dia sedia ambil tanggungjawab tetapi mendakwa pemimpin lain yang perkenalkan rasuah sebagai cara mendapat populariti.

Sebelum itu, Mahathir menggambarkan Umno sebagai parti yang “berjuang untuk ‘cash’. ‘Cash is king'”.

“Itu bukan Umno, saya tak boleh duduk dalam Umno yang macam itu,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo