NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan Selangor 'lesu', kitar semula idea lama



SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI]Pembangkang menyifatkan Belanjawan Selangor 2024 'lesu' dan masih bergelut dengan idea lama dan rancangan yang masih belum direalisasikan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, pembentangan itu juga menyaksikan prestasi kerajaan negeri memberi petunjuk Selangor berkemungkinan gagal mencapai matlamat Rancangan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) iaitu sumbangan 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.

"Tiada strategi digariskan untuk kerajaan negeri mendepani cabaran ekonomi yang cukup mencabar dan sukar pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Hilman memberitahu, isu struktural dalam belanjawan merangkumi perbelanjaan pembangunan juga masih tidak ditangani oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, jumlah belanja pembangunan amat penting untuk merancakkan ekonomi negeri khususnya ekonomi rakyat kecil.

"Tanpa suntikan belanja pembangunan yang signifikan, ia tidak akan menjana lonjakan ekonomi yang vibrant," tambah beliau.

 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM2.53 bilion merangkumi RM1.33 bilion atau 52.6 peratus perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion atau 47.4 peratus perbelanjaan pembangunan.

Beliau ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata, kerajaan negeri menjangkakan hasil negeri berjumlah RM2.2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.53 bilion dengan defisit berjumlah RM330 juta.


Sumber I Sinar Harian 


 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo