NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan digesa salur dana ke sekolah memerlukan



PETALING JAYA: Kerajaan perlu fokus dalam penyediaan prasarana dan kemudahan lebih baik di sekolah bagi menjadikan pembelajaran lebih kondusif berbanding berbelanja untuk kerja menaik taraf tidak perlu, kata aktivis pendidikan menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada minggu depan.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka, Mak Chee Kin berkata walaupun peruntukan diterima Kementerian Pendidikan antara yang terbesar setiap tahun, namun wang itu tidak dibelanjakan untuk sekolah benar-benar memerlukan.

“Banyak sekolah masih menunggu dana bagi kemudahan asas seperti perabot lebih baik, tetapi ada sekolah yang dapat (dana) untuk menaik taraf atau mencantikkan sekolah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, sebahagian sekolah memerlukan prasarana lebih baik seperti makmal sains dan padang permainan, namun ia sering diketepikan.

Di sekolah di mana beliau menjadi pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, gelanggang bola keranjang dalam keadaan usang, selain berdepan risiko dilanda banjir kilat pada musim tengkujuh.

“Ia mengambil masa bertahun lamanya untuk semua itu dibaiki. Surat demi surat, permohonan demi permohonan dihantar, tiada (cadangan) konstruktif daripada kementerian.”

Beliau berkata, pegawai kementerian perlu melawat sekolah memerlukan bantuan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

Setiausaha Kehormat Kumpulan bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan, Tunku Munawirah Putra berkata dana pendidikan perlu dimanfaatkan dengan bijak.

Kementerian Pendidikan perlu menambah pelaburan dalam pengajaran, latihan dan bimbingan, dengan memberi lebih penekanan untuk melatih guru menggunakan teknologi dalam bilik darjah.

“Kementerian tidak boleh hanya memberi arahan bertimbun dan membiarkan guru menggunakan peranti sendiri tanpa campur tangan dan pemantauan sewajarnya.”

Katanya, fungsi dan keadaan makmal sains mesti ditingkatkan bagi memastikan pelajar dapat melakukan eksperimen serta menggunakan pengetahuan baharu mereka.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo