Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRK Pelangai menunjukkan peralihan sokongan kepada PN terutama dalam kalangan pengundi Melayu. |
PETALING JAYA: Walaupun menang PRK Pelangai, Barisan Nasional (BN) dilihat masih gagal menambah sokongan meskipun bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan menggunakan seluruh jentera serta sumber kerajaan yang ada untuk membantu kempen.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRK Pelangai juga menunjukkan tidak berlaku pemindahan undi yang ketara antara PH dan BN.
“Sebaliknya, apa yang berlaku ialah peralihan sokongan kepada PN, terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, trend itu sama seperti yang berlaku dalam PRN dan siri PRK sebelum ini.
Pada PRK Pelangai, BN memperoleh majoriti 2,949 undi menurun berbanding 4,048 pada PRU15.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon BN Amizar Abu Adam menang dengan kelebihan 7,324 undi, menewaskan pencabar daripada PN, Kasim Samat (4,375 undi), dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli (47 undi).
Menurut Muhyiddin, PN menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding PRU lalu dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,115 undi.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PN yang bertungkus-lumus berkempen dan juga kepada para pengundi di DUN Pelangai yang mengundi calon PN,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment