Malah beliau berkata, ahli Parlimen pembangkang dilabel sebagai 'bersangka jahat' terhadap kerajaan sekiranya membangkitkan isu pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk).
"Ini kerana realitinya adalah pembohongan terbesar peringkat nasional, sebelum (ini) kata nak lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes (rasuah), akan penjarakan kleptokrat, (tetapi) hari ini membebaskan mereka.
"Tangan kiri lawan rasuah, tangan kanan bela rasuah. Kalau kita (ahli Parlimen) dalam dewan ini dibisukan mulut, tidak boleh mengkritik kerajaan tanpa sangka jahat, bagaimana kita ingin bicara soal rakyat.
"Sedangkan pada tahun 2015, 70 ahli Parlimen dalam dewan ini di blok Pembangkang ingin bicarakan soal keputusan hakim di mahkamah, sebelum ini keputusan 1MDB, serangan ke atas peguam negara, semua boleh dibangkitkan.
"Kini apabila di kedudukan kerajaan, hipokrit," katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika bangkit mencelah Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang meminta Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) menarik balik tuduhan 'kerajaan penipu' ekoran tidak dibenarkan membangkitkan usul tergempar pembangkang.
Sehubungan itu, Syed Saddiq menyangkal tuduhan Tze Tzim dengan memberi penerangan berkaitan peraturan mesyuarat yang dibangkitkannya.
"Peraturan 36 (6) menyatakan seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.
"Kita tidak menujukan kritikan ke atas seorang ahli, tetapi ke atas kerajaan secara keseluruhan," jelasnya.
Kerusi2 yang patut dan wajib kosongkan kerusi adalah :
ReplyDelete1. yang kata no dap no anwar dan group nih yg belot pada pengundi yg mengundi no dap no anwar.
2. yang kata no bn dan bn hoihoiyahoi, tapi pastu bersengkokol dgn bn-umno sebab menipu pengundi yg menolak umno-bn dan hoihoiyahoi.
Kawasan parlimen2 dan dun2 yg mereka ini dulu bertanding pd pru15 di negeri2 Perak & Pahang dan parlimen2 dinegeri2 lain yg telah berlangsung sewaktu pru15 dahulu hendak lah dikosongkan dan dipertandingkan semula kecuali pada adun2 dan mp2 yg bertegas dengan keputusan no dap & no anwar serta yg no umno n& no hoihoiyahoi boleh terus kekal jika mereka memberi bukti yg mereka telah tetap dgn pendirian2 tersebut.
amacam cadangan nih?