NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq lebih banyak ‘tulang belakang’ dari ahli politik senior, kata Shahril

Shahril Hamdan berkata langkah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan memberi kesan besar terhadap sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.



PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat lebih berprinsip berbanding ahli politik senior susulan tindakannya meninggalkan blok kerajaan, kata bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

“Satu pendirian yang cara beliau sampaikan adalah berasaskan prinsip dialah.

“Mungkin ada orang akan sinis dan ada orang akan kata ini bukan prinsip tapi bagi saya dia lebih banyak tulang belakang daripada ramai orang yang lebih senior daripada dia,” katanya dalam Podcast Keluar Sekejap.

Ahli Parlimen Muar itu mengumumkan keluar daripada blok kerajaan sebagai membantah pihak pendakwaan yang menarik balik pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Shahril berkata langkah Syed Saddiq tidak akan memberi kesan besar terhadap sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat kerana presiden Muda sudah menyatakan kesediaannya menyokong “usul yang baik untuk rakyat”.

“Rasanya tak perlu dia duduk di bangku kerajaan untuk menyokong benda-benda baik,” katanya.

Bagaimanapun, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, jika terdapat pindaan Perlembagaan berkaitan pertambahan atau pengurangan kerusi Parlimen, ia memerlukan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

“Dan hari ini tindakan Syed Saddiq adalah tindakan yang akan memberi kesan sebab (kita) tak tahu dia akan memberi sokongan atau tidak sebab itu akan ada kesan langsung pada politik pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq berkata beliau enggan tunduk kepada desakan mengosongkan kerusi Parlimen itu, menurutnya, bukan dia yang mengkhianati janji kepada pengundi pada PRU15 lalu.

Mengulas perkara itu, Khairy berkata sepatutnya Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang meletakkan jawatan kerana Syed Saddiq adalah ahli politik jujur dengan polisi gabungan tersebut, yang sebelum ini tidak mahu bekerjasama dengan Umno dan Zahid.

“Tiada siapa yang ingat tentang manifesto PH. Orang undi PH kerana (tolak penyamun) hoi hoi ya hoi, tapi Syed Saddiq seorang sahaja daripada kumpulan PH dari dulu yang masih lagi pegang prinsip tolak hoi hoi ya hoi, yang lain semua hoi hoi ya hoi dan yang kena letak jawatan adalah PH,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo