NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Spekulasi Musa bakal ketuai PH Sabah, pembantu nasihatkan orang ramai tidak perlu bimbang



PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada Musa Aman menepis laporan spekulasi bahawa bekas ketua menteri itu akan mengetuai Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Beliau yang enggan dinamakan memberitahu FMT laporan Malaysiakini itu bertujuan mencalarkan imej dan cuba mewujudkan pertelingkahan dengan bekas rakan politik Musa.

“Beliau kini hanya berehat dan meluangkan masa bersama keluarga..sesuatu yang tidak dapat dilakukannya ketika mengetuai pentadbiran negeri,” katanya yang turut tidak menolak kemungkinan ada cubaan pihak tertentu untuk menyinggung kumpulan lain.

“Orang ramai tidak perlu terlalu teruja atau bimbang dengan spekulasi hanya berdasarkan khabar angin.”

Terdahulu, sebuah media melaporkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim didakwa sedang mencari jalan untuk meletakkan Musa sebagai peneraju gabungan itu di Sabah.

PH Sabah kemudiannya menafikan laporan yang mendakwa Musa akan mengetuai gabungan itu dan menegaskan perkara berkenaan tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Musa menjadi ketua menteri Sabah selama 15 tahun bermula 2003 sebelum Warisan mengambil alih pemerintahan negeri di bawah bayu itu pada PRU14 berlangsung 2018.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo