NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rayuan nelayan berhubung projek PSI mungkin terjejas, dakwa PRM

Naib Pengerusi PRM Pulau Pinang Ravinder Singh (kanan), Presiden Gerakan Dominic Lau dan wakil persatuan nelayan membantah projek Pulau Silikon menjelang PRN bulan lepas.


GEORGE TOWN: Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berkeras untuk meneruskan projek Pulau Silikon akan menjejaskan peluang nelayan tempatan mencabar projek penambakan, kata Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Naib Pengerusi PRM Pulau Pinang, Ravinder Singh, berkata kerja Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) bernilai RM8.5 bilion dimulakan minggu lepas, dan rayuan nelayan mungkin boleh ditolak oleh Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana bersifat akademik memandangkan pembinaan sedang berjalan.

Pada 2021, rayuan nelayan telah diluluskan oleh JAS dan projek penambakan telah ditangguhkan. Bagaimanapun, kerajaan negeri memohon untuk memulakan semula kerja dan diberi lampu hijau awal tahun ini.

Ads by Kiosked

Ravinder berkata dengan kerajaan negeri mendakwa telah memulakan kerja pada 1 Sept, percubaan kedua untuk rayuan tidak akan memberi kesan.

“Adalah begitu angkuh dan salah bagi kerajaan yang bercakap mengenai akauntabiliti, untuk cuba dan memaksa pihak JAS,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut tertanya-tanya sama ada tindakan itu menghina proses undang-undang.

Pada 1 Sept, Pulau Pinang memperoleh kelulusan teknikal akhir untuk pulau buatan seluas 930 hektar yang akan dibina di perairan selatan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam jawapan segera kepada Ravinder, Exco Zairil Khir Johari berkata kerajaan negeri telah mematuhi undang-undang dan telus sepanjang proses itu.

Beliau berkata, walaupun terdapat halangan awal, kerajaan negeri menghormati proses yang sewajarnya dan memaklumkan orang ramai mengenai setiap perkembangan yang berlaku.

“Sekiranya kita melanggar mana-mana undang-undang, kita tidak akan mendapat kelulusan daripada pelbagai agensi kerajaan, persekutuan dan negeri.

“Projek ini adalah untuk kesejahteraan ekonomi Pulau Pinang pada masa hadapan. Segelintir pihak hanya tahu menentang tanpa menawarkan wawasan alternatif untuk mata pencarian rakyat,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo