NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN perlu ubah strategi serangan - Kata KJ



Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin mengkritik Perikatan Nasional (PN) atas kegagalannya memanfaatkan isu yang membelenggu kerajaan, termasuk keputusan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. 

Khairy berkata PN memerlukan lebih ramai "penjaring gol" untuk bercakap mengenai isu yang tidak melibatkan politik identiti atau isu 3R – kaum, royalti dan agama.

"Isu DNAA hanya seorang dua sahaja daripada PN yang betul-betul bercakap. Yang lain tak tahu mana mereka," katanya pada edisi terbaru Keluar Sekejap, podcast yang beliau hos bersama dengan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

Komen Khairy itu dibuat selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram di Johor, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dengan masing-masing memperoleh majoriti lebih rendah iaitu 18,641 undi dan 3,514 undi.

"PN kena belajar daripada dua PRK ini tidak cukup untuk bergantung kepada 3R dan DNAA kalau mereka tidak 'up their game' untuk fokus kepada dasar, memberi visi alternatif.

"Kamu tak boleh harap kemenangan begitu saja," katanya. 

Khairy yang dipecat daripada Umno berkata, PN tidak boleh mengharapkan peningkatan undi mereka di kedua-dua kerusi tersebut memandangkan ramai akan mula melupakan kes Zahid dalam beberapa tahun lagi, sambil menambah bahawa PN sepatutnya menangani isu-isu yang menjejaskan masa depan negara dan pentadbiran kerajaan kerana pemimpin mereka mempunyai pengalaman dalam kerajaan pusat dan negeri.


Sumber I MalaysiaNow 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo