NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Ada tangan ghaib ambil kesempatan punca beras putih tempatan terhad di pasaran'



PASIR SALAK: Kerajaan mesti mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi manipulasi bekalan beras oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Pasir Salak Bangkit, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata situasi bekalan beras putih tempatan (BPT) terhad ketika ini berkemungkinan berpunca daripada 'tangan ghaib' yang mengambil kesempatan.

Justeru itu, katanya, agensi penguatkuasaan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mesti tegas dalam melaksanakan pemantauan berterusan terhadap pengilang, pemborong dan penjual beras di pasaran. 

"Dalam krisis sekarang, kadang-kadang ada pengilang dan pemborong ambil kesempatan dengan simpan stok beras ini. 

"Seperti kita belajar konsep penawaran dan permintaan, apabila mereka simpan, bekalan di pasaran jadi kurang, maka mereka boleh naikkan harga. Ini perbuatan tak bertanggungjawab pengilang, pemborong dan penjual. 

"Jadi, penguat kuasa mesti tegas dan ambil tindakan berani, jangan hanya acah-acah sahaja. Pak Menteri tengok betul ke penguat kuasa buat kerja," katanya ketika ditemui di Dewan Besar Pekan Rabu, Chenderong Balai, hari ini. 

Tajuddin mendakwa terdapat tanah berstatus pertanian padi sebelum ini ditukar sewenang-wenangnya oleh pemilik kepada ladang sawit, taman perumahan dan kilang perindustrian yang mengakibatkan usaha kerajaan meningkatkan penghasilan beras terbantut.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo