PETALING JAYA: Paparan “kapak dan keris” punca akaun rasmi Sanusi Nor disekat TikTok baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Katanya, paparan itu jelas melanggar garis panduan komuniti platform media sosial itu seakan-akan menonjolkan ugutan jenayah.
“Baru-baru ini ada usaha menimbulkan rasa gusar, apabila ada seorang tokoh politik ditahan polis.
“Semasa individu itu ditahan pihak berkuasa, saya difahamkan pada awal pagi atau tengah malam pada hari sama telah tersebar di TikTok di mana beberapa lelaki duduk di sebuah meja bersama peranti atau telefon pintar dengan gambar individu tersebut.
“Di satu sudut senjata terdapat senjata, kapak, dan keris. Bagi saya dan sudah pasti bagi pihak polis, waima pihak TikTok sekalipun gambar yang ditonjolkan itu adalah ugutan jenayah,” katanya menurut Astro Awani.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian watikah komuniti Madani peringkat zon tengah, Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Fahmi sekali lagi menekankan tanpa sebarang arahan pihak TikTok memadam konteks berkenaan.
Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) dan PAS pusat mendakwa akaun TikToknya disekat, sekali gus menyifatkan tindakan itu sebagai usaha menghalang kemaraan berkempen secara maya menjelang PRN 12 Ogos.
Namun, dakwaan itu disangkal Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa menyekat mana-mana akaun TikTok.
Beliau menjelaskan, aplikasi sosial TikTok bukan milik kerajaan, tetapi sebuah syarikat teknologi dari China.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment