PERJUANGAN AGAMA DAN BANGSA: PERBANDINGAN ANTARA TUN MAHATHIR DAN ANWAR IBRAHIM
Malaysiakini melaporkan:
“Kehadiran Dr. Mahathir Mohamad berkongsi pentas yang sama dengan pemimpin PAS menunjukkan dia sekarang terdesak”, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Menurutnya, bekas perdana menteri itu ketika berkuasa ‘sangat kejam’ terhadap PAS dan penyokongnya.”
“Beliau adalah kumpulan terdesak dan tiada ruang lain untuk dia heret.”
“Tun (Dr) Mahathir orang yang paling kejam terhadap PAS, sekolah agama rakyat, mangsa Memali, namun kini didukung,” kata Anwar seperti dipetik Berita Harian pada sidang akhbar di Gua Musang.
Anwar jangan pula lupa bahawa dia bersama dalam kerajaan ketika berlakunya perkara yang disebutkan itu, selepas dia menyertai UMNO dan memberi rupa Islam dan wajahnya kepada UMNO bagi menghadapi pengaruh PAS yang kembali bangkit selepas kehilangan Kelantan sebelumnya.
Ahli PAS ialah Melayu yang tidak lupa, sebenarnya Tun Mahathir pernah berada di atas pentas PAS ketika beliau dipecat daripada UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kapar di Selangor selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Sebelumnya, beliau bersama PAS menentang pelaksanaan jus soli.
Bersama topeng Islamisasinya, Anwar berkempen di seluruh dunia Islam dan kepada NGO Islam, dengan mewajahkan PAS sebagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh PAS.
Pada masa yang sama, dia juga berusaha untuk menguasai UMNO bersama pasukannya bagi mencapai tujuan mendapatkan kuasa berkonsepkan pragmatik dengan menghalalkan segala cara, sehinggalah dia dipecat dan kemudiannya bekerjasama dengan DAP berkonsepkan wala’ yang diharamkan.
Seterusnya, berjaya memasukkan pengkhianat ke dalam UMNO dan memecahkannya kepada satu kumpulan yang telah lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
Dan berjaya memasukkan pengkhianat ke dalam PAS, namun golongan itu berjaya disingkirkan.
Kini, dia sendiri mendedahkan peranannya dalam melumpuhkan politik Melayu dan Islam serta menguatkan DAP. Apabila DAP meletakkannya menjadi ‘poster boy’ bagi kumpulannya, ia menjadi bukti kepada tujuan tersebut.
Tun Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya.
Rujukan PAS dalam segala langkah politiknya ialah kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang menjadi petunjuk tertinggi kepada umat Islam. Tidak terpengaruh dengan hujah politik penjual ubat yang buta al-Quran, khususnya media yang tidak beragama yang menjaja provokasinya.
Al-Quran menegaskan bahawa para rasul memulakan dakwah dengan menyelamatkan bangsa masing-masing, walaupun dakwahnya juga disampaikan kepada pelbagai bangsa yang lain. Maka, segala hujah yang menyalahi al-Quran merupakan bisikan syaitan.
Islam bertemakan mengajak manusia kepada Islam seramai mungkin dengan penuh kebijaksanaan dan uslub (pendekatan) yang positif. Firman Allah SWT:
﴿ŁَŁ
َŁْ Ų£َŲْŲ³َŁُ ŁَŁۡŁٗŲ§ Ł
ِّŁ
َّŁ ŲÆَŲ¹َŲ§ٓ Ų„ِŁَŁ Ł±ŁŁَّŁِ ŁَŲ¹َŁ
ِŁَ ŲµَٰŁِŲٗŲ§ ŁَŁَŲ§Łَ Ų„ِŁَّŁِŁ Ł
ِŁَ Ł±ŁۡŁ
ُŲ³ۡŁِŁ
ِŁŁَŁ£Ł£ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲ³ۡŲŖَŁِŁ Ł±ŁۡŲَŲ³َŁَŲ©ُ ŁَŁَŲ§ Ł±ŁŲ³َّŁِّŲ¦َŲ©ُۚ Ł±ŲÆۡŁَŲ¹ۡ ŲØِŁ±ŁَّŲŖِŁ ŁِŁَ Ų£َŲۡŲ³َŁُ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł±ŁَّŲ°ِŁ ŲØَŁۡŁَŁَ ŁَŲØَŁۡŁَŁُŪ„ Ų¹َŲÆَٰŁَŲ©ٞ ŁَŲ£َŁَّŁُŪ„ ŁَŁِŁٌّ ŲَŁ
ِŁŁ
ٞŁ£Ł¤ ŁَŁ
َŲ§ ŁُŁَŁَّŁٰŁَŲ§ٓ Ų„ِŁَّŲ§ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŲµَŲØَŲ±ُŁŲ§ْ ŁَŁ
َŲ§ ŁُŁَŁَّŁٰŁَŲ§ٓ Ų„ِŁَّŲ§ Ų°ُŁ ŲَŲøٍّ Ų¹َŲøِŁŁ
ٖŁ£Ł„ ŁَŲ„ِŁ
َّŲ§ ŁَŁŲ²َŲŗَŁَّŁَ Ł
ِŁَ Ł±ŁŲ“َّŁْŲ·َŁٰŁِ ŁَŲ²ْŲŗٌ ŁَŁ±Ų³ْŲŖَŲ¹ِŲ°ْ ŲØِŁ±ŁŁَّŁِ ۖ Ų„ِŁَّŁُŪ„ ŁُŁَ Ł±ŁŲ³َّŁ
ِŁŲ¹ُ Ł±ŁۡŲ¹َŁِŁŁ
ُŁ£Ł¦﴾
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, ‘Sesungguhnya, aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (Islam)?’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba antara kamu dengannya ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (34) dan sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35) Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 33-36)
Al-Quran menyuruh agar mengutamakan perpaduan Islam, dengan menolak gangguan syaitan yang menghasut, menggoda dan mengganggu di jalan Allah yang istiqamah.
Maka, semua rasul memulakan perjuangan untuk menyelamatkan bangsanya dahulu walaupun dakwahnya disampaikan kepada seluruh manusia dan bangsanya yang paling bermusuh terhadapnya.
Firman Allah SWT:
﴿ŁَŁ
َŲ§ٓ Ų£َŲ±ۡŲ³َŁۡŁَŲ§ Ł
ِŁ Ų±َّŲ³ُŁŁٍ Ų„ِŁَّŲ§ ŲØِŁِŲ³َŲ§Łِ ŁَŁۡŁ
ِŁِŪ¦ ŁِŁُŲØَŁِّŁَ ŁَŁُŁ
ۡۖ ŁَŁُŲ¶ِŁُّ Ł±ŁŁَّŁُ Ł
َŁ ŁَŲ“َŲ§ٓŲ”ُ ŁَŁَŁۡŲÆِŁ Ł
َŁ ŁَŲ“َŲ§ٓŲ”ُۚ ŁَŁُŁَ Ł±ŁۡŲ¹َŲ²ِŁŲ²ُ Ł±ŁۡŲَŁِŁŁ
ُŁ¤ ŁَŁَŁَŲÆۡ Ų£َŲ±ۡŲ³َŁۡŁَŲ§ Ł
ُŁŲ³َŁٰ ŲØِŁَٔŲ§ŁَŁٰŲŖِŁَŲ§ٓ Ų£َŁۡ Ų£َŲ®ۡŲ±ِŲ¬ۡ ŁَŁۡŁ
َŁَ Ł
ِŁَ Ł±ŁŲøُّŁُŁ
َٰŲŖِ Ų„ِŁَŁ Ł±ŁŁُّŁŲ±ِ ŁَŲ°َŁِّŲ±ۡŁُŁ
ŲØِŲ£َŁَّŁٰŁ
ِ Ł±ŁŁَّŁِۚ Ų„ِŁَّ ŁِŁ Ų°َٰŁِŁَ ŁَŲ£ٓŁَٰŲŖٖ ŁِّŁُŁِّ ŲµَŲØَّŲ§Ų±ٖ Ų“َŁُŁŲ±ٖŁ„﴾
“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (4) Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami memerintahkan kepadanya), ‘Keluarkanlah kaummu daripada gelap-gelita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah’. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur. (5)” (Surah Ibrahim: 4-5)
Firman Allah SWT:
﴿ŁَŲ„ِŁَŁٰ Ų¹َŲ§ŲÆٍ Ų£َŲ®َŲ§ŁُŁ
ۡ ŁُŁŲÆٗŲ§ۚ ŁَŲ§Łَ ŁَٰŁَŁۡŁ
ِ Ł±Ų¹ۡŲØُŲÆُŁŲ§ْ Ł±ŁŁَّŁَ Ł
َŲ§ ŁَŁُŁ
Ł
ِّŁۡ Ų„ِŁَٰŁٍ ŲŗَŁۡŲ±ُŁُŪ„ٓۚ Ų£َŁَŁَŲ§ ŲŖَŲŖَّŁُŁŁَŁ¦Ł„﴾
“Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Ad saudara mereka, Hud. Dia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah! Sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain dari-Nya. Maka, mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?’” (Surah al-A‘raf: 65)
Begitu juga rasul-rasul yang lain.
Kepada Nabi Muhammad SAW yang diutuskan kepada seluruh manusia, Allah berfirman:
﴿ŁَŲ£َŁŲ°ِŲ±ۡ Ų¹َŲ“ِŁŲ±َŲŖَŁَ Ł±ŁۡŲ£َŁۡŲ±َŲØِŁŁَŁ¢Ł”Ł¤﴾
“Dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” (Surah al-Shu‘ara’: 214)
Rasulullah SAW telah berjuang menubuhkan negara di Madinah dengan melakukan konsep perpaduan umat. Para ulama’ membahagikan dua kumpulan umat, iaitu umat ijabah (penganut Islam) dan umat dakwah (seluruh manusia).
Pelaksanaannya dilakukan dengan hijrah yang menyatukan umat Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar (Aus dan Khazraj), berpegang kepada prinsip Islam memimpin. Justeru, bangsa Arab Islam yang memimpin, seterusnya disertai oleh kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem daripada berbagai-bagai agama (Yahudi, Kristian, Musyrikin). Golongan bukan Islam yang tidak ekstrem itu bencikan perpecahan dan kezaliman.
Seterusnya, dilaksanakan perpaduan melalui pengampunan secara beramai-ramai ketika berlakunya Fathu Makkah (Pembukaan Makkah). Walaupun para pemimpin Makkah dahulunya sangat zalim berlipat kali ganda daripada bangsa Melayu dan lain-lain bangsa. Allah SWT berfirman:
﴿ŁَŲ„ِŁۡ Ų¹َŲ§ŁَŲØۡŲŖُŁ
ۡ ŁَŲ¹َŲ§ŁِŲØُŁŲ§ْ ŲØِŁ
ِŲ«ۡŁِ Ł
َŲ§ Ų¹ُŁŁِŲØۡŲŖُŁ
ŲØِŁِŪ¦ۖ ŁَŁَŲ¦ِŁ ŲµَŲØَŲ±ۡŲŖُŁ
ۡ ŁَŁُŁَ Ų®َŁۡŲ±ٞ ŁِّŁŲµَّŁٰŲØِŲ±ِŁŁَŁ”Ł¢Ł¦ ŁَŁ±ŲµۡŲØِŲ±ۡ ŁَŁ
َŲ§ ŲµَŲØۡŲ±ُŁَ Ų„ِŁَّŲ§ ŲØِŁ±ŁŁَّŁِۚ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲۡŲ²َŁۡ Ų¹َŁَŁۡŁِŁ
ۡ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŁُ ŁِŁ Ų¶َŁۡŁٖ Ł
ِّŁ
َّŲ§ ŁَŁ
ۡŁُŲ±ُŁŁَŁ”Ł¢Ł§ Ų„ِŁَّ Ł±ŁŁَّŁَ Ł
َŲ¹َ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ Ł±ŲŖَّŁَŁŲ§ْ ŁَّŁ±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁُŁ
Ł
ُّŲۡŲ³ِŁُŁŁَŁ”Ł¢ŁØ﴾
“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kejahatan) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. (127) Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (128)” (Surah al-Nahl: 126-128)
Rasulullah SAW memilih yang terbaik dengan sabar dan tindakan pengampunan beramai-ramai termasuk terhadap yang membunuh bapa saudara tersayang Hamzah RA dan keluarga serta para sahabat yang lain. Baginda Nabi SAW mengumpulkan penduduk Makkah setelah dibatalkan perintah berkurung. Mereka keluar beramai-ramai dan Rasulullah SAW bersabda:
Ų§Ų°ْŁَŲØُŁŲ§ ŁَŲ£َŁْŲŖُŁ
ُ Ų§ŁŲ·ُّŁَŁَŲ§Ų”ُ.
“Pergilah kamu semua dengan bebas (kerana kamu semua telah diampunkan).” (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zad al-Ma‘ad, Jld. 3, Hlm. 359)
Sabda Rasulullah SAW:
Ų£َŲْŲØِŲØْ ŲَŲØِŁŲØَŁَ ŁَŁْŁًŲ§ Ł
َŲ§ Ų¹َŲ³َŁ Ų£َŁْ ŁَŁُŁŁَ ŲØَŲŗِŁŲ¶َŁَ ŁَŁْŁ
ًŲ§ Ł
َŲ§، ŁَŲ£َŲØْŲŗِŲ¶ْ ŲØَŲŗِŁŲ¶َŁَ ŁَŁْŁًŲ§ Ł
َŲ§ Ų¹َŲ³َŁ Ų£َŁْ ŁَŁُŁŁَ ŲَŲØِŁŲØَŁَ ŁَŁْŁ
ًŲ§ Ł
َŲ§.
“Kasihilah orang yang kamu kasihi sekadarnya sahaja dan jangan melampau, kerana mungkin dia berubah menjadi musuh pada suatu hari nanti. Marahilah (musuhilah) seseorang yang kamu marahi sekadarnya, kerana mungkin pada suatu hari nanti dia menjadi orang yang dikasihi.” (Riwayat al-Tirmizi, No. 1997)
Kesan daripada pengampunan ketika Fathu Makkah itu, akhirnya seluruh kabilah Arab beramai-ramai datang untuk masuk Islam kerana mematuhi firman Allah SWT:
﴿ŁَŁ±Ų¹ۡŲŖَŲµِŁ
ُŁŲ§ْ ŲØِŲَŲØۡŁِ Ł±ŁŁَّŁِ Ų¬َŁ
ِŁŲ¹ٗŲ§ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŁَŲ±َّŁُŁŲ§ْۚ ŁَŁ±Ų°ۡŁُŲ±ُŁŲ§ْ ŁِŲ¹ۡŁ
َŲŖَ Ł±ŁŁَّŁِ Ų¹َŁَŁۡŁُŁ
ۡ Ų„ِŲ°ۡ ŁُŁŲŖُŁ
ۡ Ų£َŲ¹ۡŲÆَŲ§ٓŲ”ٗ ŁَŲ£َŁَّŁَ ŲØَŁۡŁَ ŁُŁُŁŲØِŁُŁ
ۡ ŁَŲ£َŲµۡŲØَŲۡŲŖُŁ
ŲØِŁِŲ¹ۡŁ
َŲŖِŁِŪ¦ٓ Ų„ِŲ®ۡŁَٰŁٗŲ§ ŁَŁُŁŲŖُŁ
ۡ Ų¹َŁَŁٰ Ų“َŁَŲ§ ŲُŁۡŲ±َŲ©ٖ Ł
ِّŁَ Ł±ŁŁَّŲ§Ų±ِ ŁَŲ£َŁŁَŲ°َŁُŁ
Ł
ِّŁۡŁَŲ§ۗ ŁَŲ°َٰŁِŁَ ŁُŲØَŁِّŁُ Ł±ŁŁَّŁُ ŁَŁُŁ
ۡ Ų”َŲ§ŁَٰŲŖِŁِŪ¦ ŁَŲ¹َŁَّŁُŁ
ۡ ŲŖَŁۡŲŖَŲÆُŁŁَŁ”Ł Ł£﴾
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (pada masa jahiliah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Surah Ali ‘Imran: 103)
Bangsa Arab yang pernah berpecah-belah dengan keadaan yang paling ganas sehingga berperang dalam kalangan kabilah, bahkan dalam kalangan sesama keluarga, kemudiannya berjaya disatukan oleh Islam dengan hidayah Allah.
Islam seterusnya mencapai kejayaan menubuhkan negara yang paling besar pada zaman keemasannya. Perbatasannya bermula dari Asia Tenggara (Nusantara) sehingga Afrika Barat dan Selatan Eropah melalui Asia Tengah pada zaman tidak ada perhubungan yang canggih.
Allah memberi amaran kepada bangsa Arab supaya jangan berpecah-belah kerana meninggalkan petunjuk al-Quran. Perkara ini dinyatakan oleh firman-Nya:
﴿ŁَŲ£َŲ·ِŁŲ¹ُŁŲ§ْ Ł±ŁŁَّŁَ ŁَŲ±َŲ³ُŁŁَŁُŪ„ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŁَٰŲ²َŲ¹ُŁŲ§ْ ŁَŲŖَŁۡŲ“َŁُŁŲ§ْ ŁَŲŖَŲ°ۡŁَŲØَ Ų±ِŁŲُŁُŁ
ۡۖ ŁَŁ±ŲµۡŲØِŲ±ُŁٓŲ§ْۚ Ų„ِŁَّ Ł±ŁŁَّŁَ Ł
َŲ¹َ Ł±ŁŲµَّٰŲØِŲ±ِŁŁَŁ¤Ł¦﴾
“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal: 46)
Allah SWT juga berfirman memberikan amaran kepada bangsa Arab:
﴿ŁَŁٰٓŲ£َŁŲŖُŁ
ْ ŁَŁٰٓŲ¤ُŁَŲ§ٓŲ”ِ ŲŖُŲÆۡŲ¹َŁۡŁَ ŁِŲŖُŁŁِŁُŁŲ§ْ ŁِŁ Ų³َŲØِŁŁِ Ł±ŁŁَّŁِ ŁَŁ
ِŁŁُŁ
Ł
َّŁ ŁَŲØۡŲ®َŁُۖ ŁَŁ
َŁ ŁَŲØۡŲ®َŁۡ ŁَŲ„ِŁَّŁ
َŲ§ ŁَŲØۡŲ®َŁُ Ų¹َŁ ŁَّŁۡŲ³ِŁِŪ¦ۚ ŁَŁ±ŁŁَّŁُ Ł±ŁۡŲŗَŁِŁُّ ŁَŲ£َŁŲŖُŁ
ُ Ł±ŁۡŁُŁَŲ±َŲ§ٓŲ”ُۚ ŁَŲ„ِŁ ŲŖَŲŖَŁَŁَّŁۡŲ§ْ ŁَŲ³ۡŲŖَŲØۡŲÆِŁۡ ŁَŁۡŁ
ًŲ§ ŲŗَŁۡŲ±َŁُŁ
ۡ Ų«ُŁ
َّ ŁَŲ§ ŁَŁُŁŁُŁٓŲ§ْ Ų£َŁ
ۡŲ«َٰŁَŁُŁ
Ł£ŁØ﴾
“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka, antara kamu ada yang bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah sahajalah yang Maha Kaya, sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu ini.” (Surah Muhammad: 38)
Kita menyaksikan negara Arab yang kaya-raya, tetapi kedudukan mereka tidak memberi sebarang faedah kepada Islam dan penganutnya, kecil jiwanya dan pengecut, berpecah dan berperang seagama dan sebangsa, sehingga hilang kuasa politik. Namun, Allah SWT menukar bangsa lain untuk mengambil alih kuasa politik. Lalu, kepimpinan Islam bertukar tangan kepada bangsa Kurdi dan bangsa Turki, begitu juga bangsa Tatar yang telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan Islam di India.
Kini, umat Islam lebih dahsyat berpecah-belah dalam satu agama dan satu bangsa. Maka, kita berkewajipan menyatukan umat di mana bumi tempat kita berpijak.
Di Malaysia, kita wajib menyatukan bangsa Melayu Islam yang berpecah-belah dan kaum bumiputera yang paling dekat juga berpecah-belah.
Kita juga boleh menerima kaum lain daripada kalangan bukan Islam yang tidak melampau untuk bersama kita, berpandukan firman Allah SWT:
﴿ŁَّŲ§ ŁَŁۡŁَŁٰŁُŁ
ُ Ł±ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁ
ۡ ŁُŁَٰŲŖِŁُŁŁُŁ
ۡ ŁِŁ Ł±ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŁَŁ
ۡ ŁُŲ®ۡŲ±ِŲ¬ُŁŁُŁ
Ł
ِّŁ ŲÆِŁَٰŲ±ِŁُŁ
ۡ Ų£َŁ ŲŖَŲØَŲ±ُّŁŁُŁ
ۡ ŁَŲŖُŁۡŲ³ِŲ·ُŁٓŲ§ْ Ų„ِŁَŁۡŁِŁ
ۡۚ Ų„ِŁَّ Ł±ŁŁَّŁَ ŁُŲِŲØُّ Ł±ŁۡŁ
ُŁۡŲ³ِŲ·ِŁŁَŁØ Ų„ِŁَّŁ
َŲ§ ŁَŁۡŁَŁٰŁُŁ
ُ Ł±ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَٰŲŖَŁُŁŁُŁ
ۡ ŁِŁ Ł±ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŲ£َŲ®ۡŲ±َŲ¬ُŁŁُŁ
Ł
ِّŁ ŲÆِŁَٰŲ±ِŁُŁ
ۡ ŁَŲøَٰŁَŲ±ُŁŲ§ْ Ų¹َŁَŁٰٓ Ų„ِŲ®ۡŲ±َŲ§Ų¬ِŁُŁ
ۡ Ų£َŁ ŲŖَŁَŁَّŁۡŁُŁ
ۡۚ ŁَŁ
َŁ ŁَŲŖَŁَŁَّŁُŁ
ۡ ŁَŲ£ُŁŁَŁٰٓŲ¦ِŁَ ŁُŁ
ُ Ł±ŁŲøَّŁٰŁِŁ
ُŁŁَŁ©﴾
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai wali (kawan yang terlalu melampau), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 8-9)
PAS menerima Proklamasi Melayu kerana ia merupakan satu konsep yang memerlukan bangsa Melayu bersatu dan memimpin kerana mereka adalah penduduk asal yang bertapak bersama Islam di tanah air ini. Bahkan, juga menolak kerjasama dengan DAP dan parti komponennya kerana membawa prinsip wala’ yang menjadi ancaman kepada ketuanan Islam dan umatnya, suatu perkara yang jelas dan nyata dalam perlembagaan partinya yang menjadi asas dan hala tuju perjuangannya.
Firman Allah SWT:
﴿ŁَŲŖَŲ¹َŲ§ŁَŁُŁŲ§ْ Ų¹َŁَŁ Ł±ŁۡŲØِŲ±ِّ ŁَŁ±ŁŲŖَّŁۡŁَŁٰۖ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲ¹َŲ§ŁَŁُŁŲ§ْ Ų¹َŁَŁ Ł±ŁۡŲ„ِŲ«ۡŁ
ِ ŁَŁ±ŁۡŲ¹ُŲÆۡŁَٰŁِۚ ŁَŁ±ŲŖَّŁُŁŲ§ْ Ł±ŁŁَّŁَۖ Ų„ِŁَّ Ł±ŁŁَّŁَ Ų“َŲÆِŁŲÆُ Ł±ŁۡŲ¹ِŁَŲ§ŲØِŁ¢﴾
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya.” (Surah al-Ma’idah: 2)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 7 Muharram 1445 / 25 Julai 2023
[Bil: 61 / 2023]
Anonymous said...
ReplyDeleteDATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.
Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru
Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.
Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet
Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong
Semua orang kena berhati-hati dengan DATUK YIP KUM FOOK DAN SIMON LOW KOK MENG kerana mereka kumpul IC (kad pengenalan) untuk berniaga, dan ramai yang menjadi mangsa perkara ini.
ReplyDeleteRamai orang kata ambil IC dari ahli mana-mana kuil Buddha untuk main politik juga, DATUK YIP KUM FOOK bekas pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong, ketika itu menipu ramai orang dan menggunakan samseng untuk membakar Kuil Hindu, Taman Daya. kerana dia memerlukan tempat untuk perniagaannya (kedai perabot)
Ramai orang berkata, bahawa sekarang dia tinggal seorang diri di rumah tanpa kawan, dan pada waktu malam tidak keluar rumah, ada yang mengatakan dia mempunyai penyakit otak, ini adalah dosa terbesar dalam agama Buddha.
Dia tidak boleh lari dari apa yang dia lakukan, dia akan membayar semua penipuan, kita tahu apa yang dia lakukan sekarang.......
Lim, Taman Daya, Kepong