Tun M (gambar kecil) buat kali pertama di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Pakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu |
Kehadiran negarawan ulung tersebut menyampaikan ucapan buat kali pertama di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat memberi gambaran parti seolah-olah sudah memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Saya harap dengan kemasukan beliau (Tun M) bersama kita (PN) dapat membersihkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini," katanya selepas diminta mengulas kehadiran buat kali pertama Tun M berceramah di atas pentas Pas.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sentiasa terbuka menerima mana-mana individu yang sudah berubah untuk bersama-sama dengan perjuangan Pas.
Ujarnya, berkait soal sejarah semua orang ada sejarahnya.
"Kalau dalam sejarah Islam, semua orang yang masuk Islam sebelum itu mempunyai banyak masalah (dengan Islam) sebagai contoh lawan Nabi.
"Namun selepas pembukaan Kota Makkah, Abu Sufian, Khalid Al-Walid dan Wahsyi telah masuk (memeluk) Islam. Kalu kita tengok, Wahsyi bunuh bapa saudara Nabi (Hamzah Abu Mutalib. Jadi bila dia (Tun M) sudah berubah kita terima. Sejarah tu nak buat macam mana," katanya
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment