KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, dilantik sebagai Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM), manakala Pengurus Besar, Suara Johor Sdn Bhd, Rizal Shaimy, sebagai Naib Presiden.
Pengumuman lantikan itu dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 CRM yang mewakili stesen radio komersial di negara ini.
"Saya sangat berbangga dipilih sebagai Presiden Radio Komersial Malaysia. Jawatan penting ini memberi peluang luar biasa untuk mencorak masa depan industri radio, mempromosi kekuatan penceritaan menerusi audio dan memperjuangkan suara masyarakat kita yang pelbagai.
"Saya sangat teruja untuk berkerja di samping kumpulan profesional berbakat dan rakan kongsi industri untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif dan inovatif bagi meningkatkan pengalaman radio untuk semua." kata Nazri.
Selain Nazri dan Rizal, turut dilantik pada mesyuarat itu ialah Pengurus Berita Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Maslina Alias, sebagai Setiausaha Kehormat dan Ketua Pegawai Operasi Max Air-Play Sdn Bhd, Aaron Giles, selaku Bendahari Kehormat.
Sementara itu, Rizal mengucapkan terima kasih atas peluang diberikan kepada beliau sebagai Naib Presiden CRM yang baharu.
"Bersama-sama dengan ahli jawatankuasa majlis yang lain, kami boleh menjadikan radio sebagai platform yang menghubungkan dengan jiwa anda melalui muzik yang hebat, acara menarik dan kandungan yang mencetus inspirasi," katanya.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment