NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isa Samad hantar anak dan isteri wakili BN di PRN Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan anaknya Mohd Najib dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Kedua-dua isteri dan anak bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu bertanding pada PRN Negeri Sembilan.

Bibi Sharliza yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.

Mohd Najib yang juga Timbalan Ketua UMNO Port Dickson pula menjadi taruhan BN di DUN Bagan Pinang.

Terdahulu, BN mengumumkan gabungan itu bertanding 108 kerusi DUN daripada 245 kawasan pada enam PRN Ogos depan.

63 peratus calon dikemukakan merupakan calon muka baharu dengan 18 peratus adalah penyandang sedia ada dan dicalonkan semula.

Selain itu, 20 peratus pula adalah mereka yang pernah bertanding tetapi menawarkan diri untuk memastikan kesinambungan muka baharu dan lama. -UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo