NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dedah ada hubungan kekeluargaan dengan peguam Anwar, Pesuruhjaya kehakiman kes Dr M saman Anwar tarik diri

Dr Mahathir Mohamad mengemukakan saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim susulan kenyataan presiden PKR itu mendakwa beliau mengayakan dirinya dan rasis.


SHAH ALAM: Pesuruhjaya Kehakiman Jamhirah Ali menarik diri daripada membicarakan kes saman fitnah RM150 juta difailkan Dr Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim.

Jamhirah mendedahkan beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan peguam Anwar, Alliff Benjamin Aliff Suhaimi.

“Demi kepentingan keadilan saya menarik diri bagi mengelak sebarang konflik,” katanya pada pengurusan kes dalam talian.

Peguam Mahathir, Rafique Rashid Ali, berkata permohonan untuk Jamhirah mengundur diri dibuat peguam Anwar.

“Kami tidak membantah pengunduran itu,” kata Rafique, yang turut bersama Akif Rusli.

Peguam, Matthew Thomas Phillip dan Phoebe Looi mewakili Anwar hadir pada prosiding itu.

Rafique berkata, satu lagi pengurusan kes akan diadakan pada 21 Julai sementara menunggu pelantikan hakim baharu.

Mahathir memfailkan saman pada Mei berhubung kenyataan presiden PKR itu yang mendakwa beliau seorang rasis dan menyatakan bekas perdana menteri tersebut mengayakan keluarga ketika berkuasa.

Beliau berkata, dakwaan itu menghakis statusnya sebagai negarawan dan bekas perdana menteri.

Mahathir menuntut Anwar menarik semua kenyataan fitnah terhadapnya dan mengemukakan perkara itu dalam media arus perdana dan media sosial.

Mahathir berkata, kenyataan Anwar yang didakwa itu bertujuan memburukkan imejnya dalam kalangan orang awam kerana ia dilihat dan didengar pelbagai lapisan masyarakat.

Anwar, dalam pembelaannya, berkata Mahathir berdepan masalah reputasi dan kredibiliti.

Beliau juga berkata, saman Mahathir merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana ia difailkan atas tujuan dan motif tersembunyi.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo