NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Mohamad Sabu mengesahkan tiada lagi subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.


Bermula 1 Julai depan, tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut jawapan di Dewan Rakyat, subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun dan pengapungan harga bermula pada 1 Julai.

Mohamad atau dikenali Mat Sabu memaklumkan menerusi jawapan lisan menjawab pertanyaan kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung tempoh harga ayam dan telur akan diapung.

Mohamad berkata, penamatan tersebut bagi membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.

Tambahnya, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan selepas subsidi ditamatkan, KPKM melaksanakan mekanisme “soft-landing” (pemulihan bertahap).

Beliau berkata, antara yang dilaksanakan ialah memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging hidup kecuali “Day Old Chick” (DOC), ayam bulat, dan keratan ayam sepenuhnya serta membenarkan pengimportan ayam dan telur dari pelbagai negara sumber yang diiktiraf.

“Bagi pengimportan ayam, negara sumber yang dibenarkan termasuklah Thailand, China, Brazil, dan Denmark. Manakala bagi pengimportan telur, negara sumber yang dibenarkan ialah Thailand dan Ukraine,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan program simpanan stok ayam bulat di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan program Program Jualan Agro Madani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

“Program Jualan Agro Madani oleh Fama memasarkan pelbagai hasil pertanian termasuk telur, dengan harga 5 hingga 10% lebih rendah dari pasar basar setempat, terutamanya di kawasan kumpulan berpendapatan rendah.

“Sehingga 8 Mei 2023, sebanyak 28,078,620 biji telur telah diedarkan melalui 369 outlet FAMA,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo