NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tan Sri Lim Kit Siang: Apa Perlu Ahli UMNO Buat?

Tan Sri Lim Kit Siang: Apa Perlu Ahli UMNO Buat?

1. Sejujurnya saya agak bersimpati terhadap ahli dan penyokong UMNO. Saya yakin mereka juga teramat sakit hati dengan apa yang berlaku. Mereka tidak pernah lupa saat Lim Kit Siang (Tan Sri) mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif terhadap Melayu and Islam. Luka lama yang tidak pernah sembuh, kini dilukai semula dengan sikap tidak sensitif Presiden UMNO. 

2. Saya berharap kemarahan ahli UMNO ini akan diterjemahkan melalui undi menolak PHBN dalam PRN 6 negeri akan datang. Bungkus ikat tepi UMNO dan PH. Dengan itu tekanan kepada pimpinan UMNO akan makin kuat. Tidaklah mereka buat sesuka hati mereka. Suara ahli dan penyokong akan didengari. 

3. Dengan kekalahan teruk UMNO dalam PRN akan memaksa UMNO mengubah strategi dan menilai semula hubungan mereka dengan PH dan DAP. Jelas orang Melayu sangat anti kepada DAP. Tindakan pimpinan UMNO ini ibarat mengadai perjuangan membela Melayu dan Islam demi kuasa. UMNO yang pada namanya terdapat perkataan "MALAY" ditolak oleh pengundi melayu secara total. Kewujudan UMNO sudah tiada erti. 

4. Sekiranya pimpinan UMNO masih lagi dengan strategi dan pendekatan sama, maka UMNO sudah tidak ada masa depan. UMNO akan pupus. Saya yakin, ahli UMNO telah berusaha sedaya upaya membetulkan UMNO dari dalam. Ramai dikalangan anda telah dan akan terkorban. Ramai akan terus kecewa sekiranya terus berada dalam UMNO.

5. Maka sebagai jalan terakhir, saya menyeru semua sahabat-sahabat saya yang masih dalam UMNO, ayuh berhijrahlah. Pilihlah Perikatan Nasional sebagai wadah baru perjuangan anda. Teruskan perjuangan pertahankan Melayu dan Islam melalui wadah Perikatan Nasional. UMNO sudah tidak relevan. 

Nurul Islam Mohamed Yusoff
( Hide )
  1. Umdap dah jadi kuli dapigs, tak kan nak lawan toukei, tu nasib si tak direkemenkan titlte Tun.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo