DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor
DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Alor Setar: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Katanya, beliau juga bersedia disiasat polis kerana mendakwa pihaknya mempunyai banyak 'sandaran' mengenai perkara itu.

"Jumpa di mahkamah, saya bersedia sampai ke situ, di mana saja..," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah, Datuk Azman Nasrudin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mahu membawa dakwaan Menteri Besar itu ke mahkamah.

Semalam media melaporkan Kon Yeow berpandangan bahawa sebarang isu dan tuntutan yang mahu dikemukakan olehMuhammad Sanusi seharusnya dibawa ke mahkamah.

Sementara itu, hari ini Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membuat laporan polis terhadap menteri besar berkenaan berhubung dakwaan itu.

Laporan yang dikemukakannya di balai polis Jalan Patani, di sini kira-kira jam 8.30 pagi.