PETALING JAYA: Walaupun terdapat perbezaan dalam parti yang membentuk kerajaan perpaduan, Anwar Ibrahim berkata mereka bersetuju dengan satu perkara – keadaan negara akan bertambah buruk sekiranya tiada langkah diambil untuk membuat perubahan sekarang.
Dalam satu temubual bersama Aljazeera yang disiarkan hari ini, perdana menteri ditanya sama ada kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan parti lain bermakna beliau terpaksa berkompromi dengan dasar dalam janji yang dibuat pada pilihan raya umum November tahun lalu.
“Ya, terdapat pelbagai parti politik. Tetapi apa yang penting – adakah mereka bersetuju bahawa keadaan di negara ini akan menjadi semakin buruk sekiranya tiada langkah diambil untuk membuat perubahan sekarang? Mereka bersetuju
.“Adakah mereka bersetuju masalah utama isu ini adalah tata kelola yang baik? Ya. Adakah mereka bersetuju rasuah menjadi penyakit di negara ini? Ya. Dn sudah pasti, kami mengubah dasar,” katanya kepada stesen penyiaran satelit berpangkalan di Dubai itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment