Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pentadbirannya sudah menyelesaikan ‘perkara besar’ sebelum pembubaran DUN. |
GEORGE TOWN: Exco kerajaan sementara Pulau Pinang dibenar menggunakan kenderaan rasmi sehingga sehari sebelum penamaan calon, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, bagaimanapun exco hanya dibenarkan menggunakan aset kerajaan itu bagi majlis rasmi sahaja.
“Jadi pada hari itu (sehari sebelum penamaan calon), kita akan berhenti menggunakan kenderaan rasmi yang akan dibawa balik oleh pemandu kami ke depot untuk disimpan dan direhatkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Komtar.
Chow berkata, kerajaan sementara boleh mengumumkan projek baharu jika ia sudah diputuskan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Tetapi, kalau apa yang sudah diputuskan dalam kerajaan (sama ada) setahun, enam bulan atau minggu lepas, apa-apa keputusan yang diluluskan oleh exco melalui kertas exco, ianya masih boleh diumumkan walaupun dalam tempoh ‘caretaker government’.
“Jadi, kita pun selamatlah sebab belum bubar lagi. Dijangka tak banyak lagi perkara besar yang perlu diumumkan. Kita pun cuba selesaikan sebelum pembubaran supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya.
Chow berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Bersih, yang menggesa semua kerajaan sementara di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu tidak mengumumkan sebarang keputusan atau projek besar menjelang PRN.
Pengerusi Bersih, Thomas Fann, berkata fungsi kerajaan sementara adalah mengekalkan “operasi asas” pentadbiran sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN.
Awal hari ini, Chow mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Ahmad Fuzi Abdul Razak bagi membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment