NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid yakin dapat pujuk ahli UMNO sokong DAP pada PRN

Adakah ahli UMNO sanggup mengundi DAP pada PRN nanti?


Usaha untuk memujuk sokongan ahli UMNO menyokong calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mustahil dapat dilakukan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu senada dengan Datuk Seri Ahmad Maslan yang mahu ahli parti itu menyokong calon parti lain dalam kerajaan campuran termasuk DAP, malah kaedah sama akan digunakan sebelum ini dalam menarik sokongan ahli UMNO kepada MIC dan MCA.

“Dulu pengundi Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada calon MCA dan MIC. Untuk itu, kita akan gunakan keadah yang sama bukan atas nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Lebih dua dekad kebencian penyokong terhadap sesuatu kumpulan telah ditanam dan tempoh itu bukan mudah untuk dirungkaikan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Zahid berkata pihaknya bersedia untuk bertemu dan menyantuni kumpulan berkenaan bagi memberi penerangan berkait dengan kerjasama antara UMNO dengan parti berkenaan.

Zahid terdahulu menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di Pekarangan Maahad Tahfiz Yaakubiah, Bukit Tui hari ini.

Media melaporkan semalam, Mat Maslan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) itu berkata, ini kerana meskipun calon yang bertanding  daripada DAP, namun ia mewakili gabungan kerajaan perpaduan dan harus diterima susulan perubahan politik ketika ini. 

“Bila sudah berada dalam kerajaan perpaduan maka kita hendaklah ikut disiplin parti memastikan arahan parti dituruti. Memang undi rahsia, tetapi gesaan saya bukan atas nama DAP, tetapi atas nama kerajaan perpaduan, titah Yang di-Pertuan Agong, apabila negara tergantung, kita perlu akur dan setia pada titah sentimen-sentimen yang ada. 

“Kita hendaklah tinggalkan sentimen peribadi kerana dinamik politik hebat, apa yang berlaku sudah berlaku, ia adalah kerana kestabilan,” ujarnya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo