NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita muat naik gambar tatu kalimah Allah direman



KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang disyaki pemilik akaun Facebook Bunga Matahari ditahan di Gombak semalam kerana memuat naik gambar menunjukkan tanda tatu kalimah Allah di badan seorang wanita Cina.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping sim kad.

Wanita berusia 46 tahun itu kemudiannya direman tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Mei 2023.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo