NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Universiti di Oman kagum program keusahawan UMK




KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjalin kerjasama akademik dengan pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di luar negara.

Terbaharu UMK menjalin kerjasama dengan Sohar University (SU) Oman bagi membangunkan program Keusahawanan Hijau dan Keusahawanan Sosial.

Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Dr Razli Che Razak berkata, kerjasama itu memfokus program keusahawanan hijau dan keusahawanan sosial dalam kalangan remaja wanita.

“Projek yang bakal dilaksanakan itu juga selari dengan Dasar Keusahawanan Negara dan Oman Vision 2040 yang banyak menekankan aspek keusahawanan.

“Pihak SU berminat untuk berkoloborasi dalam bidang keusahawanan selepas tertarik dengan pencapaian cemerlang UMK melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) dalam aktiviti keusahawanan pelajar,” katanya pada majlis Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua universiti di Oman semalam.

UMK diwakili Dr Razli dan Naib Canselor SU, Dr Hamdan Sulaiman Al Fazari mewakili SU. Majlis bersejarah itu turut disaksikan Duta Besar Malaysia ke Kesultanan Oman, Shaiful Anuar Mohammad.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik) SU, Prof Hamza Edrees, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Mr Abdullah Ali Al, Dekan Fakulti Bisnes, Prof Nur Naha Abu Mansor, Ketua Pembangunan Penyelidikan Prof Kelvin Bwalya dan Pegawai Inisiatif Strategik, Ms Tina Montgomery.

Projek UMK-SU diketuai Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) Prof Madya Dr Noorshella Che Nawi dan Dr Naeem Hayat (SU).

Dr Razli juga berkata, beberapa agenda dibincangkan untuk meluaskan lagi kerjasama antara UMK-SU.

Menurutnya juga pihak SU teruja untuk bekerjasama dengan UMK bagi pelaksanaan program akademik 2+2 dan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan bio.

“Kerjasama dengan SU mencapai hasrat universiti dalam mempromosikan UMK di persada antarabangsa dan menjadikan UMK sebuah Universiti Keusahawanan yang terunggul pada masa hadapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo