NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Kedah cuba nafi hilang sokongan 40 peratus

ALOR SETAR: UMNO Kedah menafikan dakwaan bahawa parti tersebut kehilangan 40 peratus sokongan ahli termasuk di peringkat akar umbi dipercayai ekoran penyingkiran panglima perangnya.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dakwaan itu palsu kerana pihaknya mengenal pasti tidak ada ahli parti yang akan meninggalkan UMNO Kedah terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Tiap-tiap kali pilihan raya ada penganalisis yang datang membuat andaian. Perkataan 40 peratus itu datang daripada mana? Sebab apa? Apa-apa pun ia sebenarnya bergantung kepada kekuatan semasa parti dan saya ingat pada waktu ini tak ada dalam kalangan ahli UMNO pun yang kata lari sampai 40 peratus.

“Pada saya itu kenyataa penganalisis yang tak tepat. Tak ada bukti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvensyen Negeri 2023 Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah yang dirasmikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengulas laporan tentang UMNO Kedah yang didakwa berhadapan dengan kehancuran menjelang PRN ini ekoran dakwaan sokongan ahlinya merosot sehingga 40 peratus.

Menurut kenyataan daripada sumber parti itu, ia ekoran Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO menyingkirkan beberapa panglima perang UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu. –UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo