NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tipu gaya hidup, derma darah dicemar HIV, lelaki Malaysia dipenjara

Lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun itu tidak mendedahkan aktiviti seksualnya dalam borang kaji selidik diberikan ketika mahu menderma darah (Gambar Reuters)


PETALING JAYA: Seorang lelaki Malaysia dipenjara tiga bulan lapan minggu di Singapura selepas mengaku salah menipu mengenai aktiviti seksualnya sebelum mendermakan darah dicemari virus kurang daya tahan manusia (HIV).

Lelaki berusia 27 tahun itu yang namanya tidak didedahkan atas perintah mahkamah, didakwa mengikut Akta Penyakit Berjangkit. HIV tidak boleh disembuh, tetapi boleh dirawat menggunakan ubat khusus.

Menurut laporan Straits Times, Pendakwa Kementerian Kesihatan Andre Moses Tan memberitahu mahkamah pada 2020 pesalah mengadakan hubungan seks bersama seorang bekas teman wanita, dan seorang lelaki beberapa bulan kemudian.

Pada Oktober 2020 dia menderma darah dan diminta mengisi borang kaji selidik yang antara lain menyoal sama ada telah mengadakan hubungan seks bersama lebih daripada satu pasangan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.

Dia turut diminta mendedahkan sama ada telah mengadakan seks bersama lelaki. Tertuduh menjadab ‘tidak’ bagi kedua-dua soalan berkenaan.

Tertuduh turut ditemu ramah pegawai selepas itu, yang memberi amaran dia boleh didakwa sekiranya memberi jawapan palsu, selain dimaklumkan boleh menghubungi “hotline” sekiranya merasakan darahnya tidak patut didermakan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengubah jawapannya dan terus mendermakan darahnya yang kemudian didapati tercemar dengan HIV. Dalam temu ramah selepas itu bersama doktor, lelaki itu akhirnya mengakui mengenai semua aktiviti seksualnya menyebabkannya akhirnya didakwa pada November 2021.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo