NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tak endah integriti proses’, Gamuda kecam pengkritik PSI



PETALING JAYA: Gamuda Bhd mengecam pengkritik yang mendesak supaya Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) dikecilkan skop atau dibatalkan sebagai menggambarkan sikap “tidak mengendahkan integriti proses wajar”.

Gamuda turut berjanji membantu nelayan terjejas meningkatkan pendapatan untuk jangka pendek, dan menyediakan mereka bagi peluang pekerjaan yang menyusul daripada projek jangka panjang itu.

Syarikat itu berkata, ia memahami kemarahan kakitangan pusat perkhidmatannya apabila kerap menyaksikan personaliti kononnya NGO memasuki lokasi itu “hanya untuk dua jam” sebelum muncul di portal media keesokannya dengan mengkritik projek berkenaan dan “menyuarakan rasa simpati untuk golongan nelayan”.

Gamuda, pemegang saham utama SRS Consortium Sdn Bhd yang menjalankan kerja tambakan laut PSI itu, menegaskan bahawa kelulusan bagi penilaian impak alam sekitar (EIA) diperoleh susulan proses ketat dan profesional yang dimulakan pada 2021.

Gamuda berkata, menurut perunding bebas, 63% pendapatan bulanan masyarakat nelayan di selatan Pulau Pinang adalah antara RM1,000 hingga RM2,000, dan syarikat berazam memperbaiki kehidupan golongan itu bersama kerajaan negeri, untuk segera meningkatkan hasil tangkapan, dan menyediakan bot lebih besar dengan enjin lebih berkuasa.

Ia berharap lambat-laun nelayan berkenaan akan bersedia menikmati lebih banyak peluang kerja susulan projek jangka panjang itu. Malah, Gamuda berkata ia telah mengenal pasti 550 pekerjaan berkaitan laut untuk tenaga kerja tempatan, daripada pelaut hinggalah pekerja kapal korek pasir.

“Kami kini membangunkan modul latihan untuk digunakan sebagai sebahagian daripada latihan ‘on-the-job’ bagi memastikan kesesuaiannya,” kata Gamuda.

“Dalam tempoh jangka panjang iaitu 20 tahun akan datang, ribuan pekerjaan juga akan wujud ketika fasa pembinaan,” katanya dengan menambah ia mempunyai perancangan mewujudkan kursus TVET bagi belia tempatan sebagai kaedah meningkatkan gaya hidup mereka menerusi pekerjaan yang bergaji lebih tinggi.

Minggu lalu, Pulau Pinang memutuskan mengecilkan skop projek PSI kepada hanya satu pulau atas gesaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, projek itu akan dikurangkan kepada 2,300 ekar (sekitar 931ha) di satu pulau di selatan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Perancangan asal merangkumi tiga pulau seluas 4,500 ekar (kira-kira 1,821ha).


Sumber I FMT Malaysia 




-ADVERTISEMENT-

Menurutnya, EIA turut termasuk dua “paparan umum untuk mendapatkan maklum balas awam” dan beberapa siri mesyuarat semakan teknikal, malah 4,000 komen didaftarkan ketika proses paparan umum berkenaan dengan 93% daripadanya positif.

“Desakan supaya projek dikecilkan skop atau dibatalkan, daripada pihak yang tidak senang atau tidak berpuas hati dengan kelulusan diberikan, menggambarkan sikap “tidak mengendahkan integriti proses wajar” dan kedaulatan undang-undang di sebaliknya,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

“Apakah implikasinya terhadap proses kelulusan bagi projek pembangunan di masa depan?”

Menurutnya, dalam meluluskan projek PSI, pihak berkuasa telah mengambil kira kebimbangan aktivis alam sekitar dan golongan “antipembangunan”, seterusnya mengimbangkannya dengan kesejahteraan masyarakat dalam kawasan sekitar projek berkenaan. Katanya, projek PSI telah memperoleh kelulusan penilaian impak sosial sebanyak 79.1% daripada masyarakat setempat, dan sokongan 74.8% nelayan tempatan.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo