NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sombong apanya?

Sombong apanya?

Semalam aku tulis cadangan untuk Raja Bahrin bertanding kerusi mana. Ada orang kata, jangan sombong sangat bila aku tulis berkenaan Dun Wakaf Mempelam. Aku kata kalau letak kereta Serena Ustaz Wan Sukairi pun boleh menang.

Gini, kenyataan tu bukan menyombong. KenyatĆ an tu ialah hakikat bahawa Ustaz Wan ni dia round seluruh Dun, rakyat Wakaf Mempelam semua kenal dia. Kadang guna kereta Serena dia, kadang guna kereta Exco, jumpa rakyat. Untuk yang tak tahu, kereta Exco memang digazetkan boleh digunakan sebagai kereta peribadi untuk apa-apa tujuan.

Jadi bila kata letak dalam poster calon, gambar kereta Serena Ustaz Wan, maka orang fahamlah yang Ustaz Wan bertanding di situ. Tak payah gambar dia, keretapun orang dah kenal. Kalau nak letak gambar kereta Exco tak bolehlah pulak. Tu dah kira kempen guna harta kerajaan, lagipun masa tu Dun dah bubar. Exco dah tak boleh buat keputusan dasar.

Dan aku tulis lagi, yang kalau RB nak bertanding di Wakaf Mempelam, itu isyarat nak bunuh diri sebab kubu kuat PAS semenjak 1990 lagi, tak pernah kalah dan sentiasa menang majoriti besar. RB dapat undi terkumpul seluruh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ni ialah 10,946 undi. Ustaz Wan Sukairi dapat tahun 2018 dalam PRU14, 14,796 undi, hanya dari pengundi Wakaf Mempelam. Nampak dah sinikan?

RB tanding Parlimen, ada empat Dun, dapat kurang lagi dari Ustaz Wan Sukairi yang bertanding dalam Dun sahaja. Kalau bahagi empat Dun kutipan undi Parlimen tu, RB mungkin dapat purata dalam 2700 jer satu Dun. Tapi kalau RB kumpul semua sekalipun undi dia di Parlimen, RB tetap kalah, Ustaz Wan menang lagi majoriti dekat 3000.

So tiada istilah nak menyombong sebab kalau betul sombong, aku tulis gini, "letak batang pisang burukpun PAS boleh menang lagi". Haa setuju ayat tu sombongkan? Sebab tak lojik kan? Apa kena mengena batang pisang buruk dengan calon?

Kalau boleh aku cadang satu lagi kerusi untuk RB ialah di Telemong. Kerusi tu agak sesuai dengan RB sebab ramai keluarga Tengku dan Tuan ada di sana. Dan kerusi itu tidak pernah PAS menang. Masa PRU15 baru-baru ni, hanya Dun Telemong sahaja yang dikatakan selamat dari badaian Gelombang Hijau. Rozi mungkin boleh bagi ruang kut atas persahabatan sulit Umno dan Pan selama dua tahun lalu. Takkan nak berkira kan?

Berbalik kepada sombong tadi, sombong yang paling teruk ialah rasa boleh menang lagi walaupun dah nampak sangat kalah dalam PRU. Rasa macam sombong sebab jadi Kerajaan Pusat ugut sana ugut sini. Masih bersikap sombong walaupun semua orang dah tahu dia menipu. Masih sombong dan mendiamkan diri dengan cadangan mahu sekat royalti, sedangkan dialah yang bersungguh mahu menentang sekatan royalti dahulu. Itu baru kita panggil sombong ori atau bodoh sombong šŸ˜Š

Mohd Nasir Abdullah
11 Mei 2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo