Razali Idris menafikan sokongannya dan beberapa pemimpin Bersatu terhadap gerakan diasaskan Dr Mahathir Mohamad atas arahan parti. |
“Tiada bincang mengenai kemasukan GTA (ke Perikatan Nasional) dan sebagainya.”
Selain Razali, Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid turut menandatangani proklamasi itu.
Proklamasi Orang Melayu digerakkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu secara dalam talian, selepas lokasi untuk mengadakan perhimpunan mengenainya dibatalkan sebanyak dua kali.
Pada 27 Mac lalu, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu dalam kenyataan berkata, kempen itu akan dilakukan secara berterusan agar sampai kepada semua orang Melayu yang cintakan negara.
Penganjur sebelum ini juga dilaporkan berkata, Proklamasi Orang Melayu bukan bersifat politik tetapi hanya mahu membincangkan isu berkaitan komuniti Melayu.
Razali berkata, beliau menyokong usaha bekas perdana menteri itu kerana menganggap Mahathir sebagai negarawan yang mampu menyatukan orang Melayu.
“Melayu nak berpecah jadi kita letak Tun M sebagai negarawan untuk menyatukan orang Melayu.”
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment