NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Manifesto PAS T’ganu angkat keperluan anak muda




KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menzahirkan penghargaan kepada PAS negeri kerana terus mengangkat keperluan anak muda dalam tawaran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diumumkan baru-baru ini.

Ketuanya, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, tawaran itu menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal tanpa ‘interest’ untuk kerjaya maksimum RM4,000 sangat menerujakan rakyat.

Menurutnya, janji pinjaman tanpa sebarang ‘interest’ itu bukan omong kosong kerana ia sudah terbukti menerusi pinjaman perumahan dan usahawan yang sudah dilaksanakan dalam manifesto PRU14.

“DPPNT juga melihat manifesto ini sebagai kesinambungan janji terdahulu iaitu bantuan lesen motosikal yang memanfaatkan sekitar 25,000 belia,” ujarnya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, inisiatif yang akan dilaksanakan jika PAS terus diberi mandat memerintah negeri yang turut membuktikan parti itu bersedia untuk terus mentadbir kerajaan dengan pelbagai pelan menarik.

Tambahnya, pada saat parti lain berebut kerusi, PAS muncul satu-satunya parti dalam diam mengemukakan tawaran menarik buat rakyat.

“Tahniah dan terima kasih kepada PAS Terengganu kerana tidak meninggalkan golongan muda untuk mendapatkan kehidupan sejahtera,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 13/5/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo