NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar, Nik Abduh hanya ‘ngeteh’



Pertemuan bekas ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi pakatan Harapan (PH) di Kelantan yang tular sebelum ini bukan bermotifkan politik.

Laporan Sinar Harian yang memetik sumber berkata pertemuan itu lebih kepada ‘ngeteh’ selain meraikan kedatangan pemimpin nombor satu negara ke negeri itu.

“Dia (Anwar) mari rumah kita, ada peluang nak jumpa, dia (Anwar) bagi peluang nak jumpa, kita jumpa.

“Tiada kaitan langsung dengan PRN. Tiada…percayalah,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Anwar kini di Kelantan bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani.

Menyentuh soal kehadiran Nik Omar yang dilihat turut ada dalam pertemuan itu, sumber memberitahu perkara tersebut hanyalah kebetulan.

“Apa yang berlaku hanyalah kebetulan…ketika Nik Abduh bertemu dengan perdana menteri, abangnya (Nik Omar turut) ada bersama.

“Bila masa mereka bergaduh? Adik-beradik tidak pernah bermusuh. Biasalah kalau komen politik,” kata sumber itu.

Sebelum ini tular gambar Nik Abduh bersama Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Nik Omar dan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, PAS menggugurkan Nik Abduh sebagai dan kerusi Parlien Bachok diberikan kepada Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Hadi Awang, Muhamad Shahir Che Sulaiman.

Nik Omar dan Nik Abduh dilihat tidak sehaluan selepas Nik Omar menyertai parti lawan, Amanah serta bertanding atas tiket parti Oren itu yang turut tidak direstui ibu mereka.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo